Jumaat, April 10, 2009

gotong royong pusat sumber (PS) sekolah



*Budak-budak PS tengah sibuk mengatur!



Ini lagi satu pengorbanan para pelajar demi memastikan kemudahan sekolah berada dalam keadaan terbaik. Pusat Sumber merupakan tempat terbaik bagi mendapatkan sumber dan bahan pengajaran dan pembelajaran. Pusat sumber yang baik dapat menarik minat warga sekolah untuk menggunakannya. Syabas kepada guru-guru penasihat yang diketuai oleh Madam Susan Inow. Begitu juga kepada abang Nazirul Mubin yang menjadi 'kepala' kepada anak-anak buahnya. Warga sekolah sekalian marilah kita sokong mereka.

AJK Masjid Bukhari SEMEKAR

Penaung = Ketua Sektor SPI

Pengerusi = Pengetua SMK Agama Mohamad Ali

Tim. Pengerusi 1 = P.K 1 (En. Ismail Galibin)

Tim. Pengerusi 2 = P.K HEM (Mej. (B) Mustapa Sutan)

Setiausaha = Ket. Bidang Jab. Pengajian Islam (Us. Mohd Zaid Ali @ Zakaria)

Setiausaha 2 = GPI (Us. Rezany Mohd Taufek)

Bendahari = Kerani Kewangan (En. Sanin Samat)

Bendahari 2 = GPI (Usz. Siti Ilham Mohammad)

Ket. Pengawas Masjid = Pelajar Putera (Mohd Jaydy Efiansyah Alberto)

Tim. Ketua Pengawas Masjid = Pelajar Puteri (Nurhidayati Rajikan)

Program Kecemerlangan Akademik





Cuti 'istimewa' 3 hari sempena Good Friday diisi dengan program Kecemerlangan Sains PMR 2009. Program ini bertujuan untuk meningkatkan lagi prestasi mata pelajaran sains PMR tahun 2009. program ini telah diadakan pada 10 dan 11 April 09. Penulis memerhatikan fasilitator terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 yang 'tidak' balik kampung. Sesungguhnya inilah sebahagian daripada sifat pengorbanan pelajar dalam usaha mencapai kejayaan yang gemilang kelak.

Rabu, April 08, 2009

kalimatil yaumiah (perkataan harian)



Melalui panitia bahasa arab, program ini dijalankan bagi meningkatkan lagi kadar celik bahasa arab di kalangan pelajar SMK Agama Mohamad Ali ini. Hebahan suara, paparan tulisan telahpun dibuat. Namun terasa sambutan dari para pelajar masih lagi 'dingin'. Entah kenapa mata pelajaran bahasa arab ini menjadi mata pelajaran paling tidak diminati oleh sebahagian besar pelajar-pelajar sekolah ini. Teringat penulis ketika bersekolah dulu-dulu. Silabus bahasa arab yang diperkenalkan pada waktu itu amatlah sukar dan punya aras yang tinggi berbanding silabus bahasa arab sekarang yang telah dipermudahkan. Berdasarkan pemerhatian penulis, bukan kerana subjek bahasa arab yang membebankan pelajar, akan tetapi sikap dan cara belajar pelajar yang membuatkan subjek bahasa arab ini tidak cemerlang. Kalau alasannya bahasa arab ini penyebab ketidakcemerlangan PMR, masakan tidak mengapa tidak ramai pelajar mendapat skor 8A?

balik kampung!!


sebahagian daripada wajah kekesalan.




wajah-wajah kecewa tak dapat balik kampung!





Hari ini, pelajar-pelajar ting. 1, 2 dan 4 dibenarkan untuk balik ke kampung. Tingkatan 3, 5 dan 6 Atas dikehendaki untuk berada dalam kawasan sekolah kerana pelbagai program kecemerlangan disediakan untuk mereka. ini semua adalah untuk kebaikan pelajar-pelajar juga. Sabarlah banyak-banyak.













sebahagian daripada pose masjid al-bukhari semekar ranau

blog masjid al-bukhari semekar bermula!

salam alaik, khas buat tatapan warga semekar dan masyarakat sekitar, blog ini merupakan wadah alternatif sumber informasi dalam usaha menyahut seruan ICT dan pembestarian. selamat melayari blog ini.