Duktur memberi tazkirah sambil diterjemah oleh ustaz Sulaimin
Pelajar dan guru khusyuk mendengar
Sesi bertukar cenderamata kenangan daripada kedua pihak, Ustaz Yusuf Ali mewakili pihak sekolah
Ada pula pameran berkenaan Aqsa Syarif dan Palestin
Keningau 30 Jun 2015: Satu kunjungan muhibbah anjuran Aqsa Syarif yang singgah di Masjid Azhar ini, dalam rangka lawatan ke seluruh negeri Sabah sempena dengan bulan Ramadhan tahun ini. Kali ini pihak Aqsa Syarif membawa seorang imam, iaitu Duktur Ahmad Mufleh al-Qudah, seorang pensyarah di Fakulti Syariah, Universiti Amman Jordan. aktivis dan pakar Qiraat ini mengimamkan solat zohor, kemudiannya memimpin tazkirah yang diterjemahkan oleh ustaz Sulaimin Musinin, tenaga pengajar di SMKA Keningau.
Dalam tazkirahnya, beliau menyeru agar generasi muda di Malaysia, khususnya di sekolah ini mengambil peluang memajukan diri dalam bidang ilmu pengetahuan, khususnya dalam ilmu al-Quran. Beliau juga menambah, bagi mereka yang menghadiri majlis ilmu, akan diiringi oleh para Malaikat. Juga syaitan yang sentiasa mengganggu manusia agar terpesong dari petunjuk-Nya.
Akhirnya, beliau meninggalkan pesan agar segala ilmu yang dipelajari diamalkan agar ia memberi manfaat bukan sahaj kepada semua pihak, bahkan kepada pembangunan Islam itu sendiri. Rombongan kemudiannya meneruskan perjalanan ke daerah lain bagi tujuan yang sama. Semoga bertemu lagi di masa akan datang.