Jumaat, Mei 15, 2009

Kuliah Subuh

Kuliah ini dijalankan pada setiap pagi sabtu dan ahad selepas selesainya solat fardhu subuh berjamaah. Pada hari sabtu kuliah dikendalikan oleh ust. Rezany manakala pada hari ahad dikendalikan oleh ust. Warimin.

Untuk sabtu 16 Mei, penceramah mengutarakan kelebihan melakukan solat subuh secara berjamaah dan disusuli dengan budaya couple yang menjadi kegilaan anak-anak muda masa kini. Nampaknya sambutan mengenai kes couple mendapat respon yang agak baik. Alhamdulillah pelajar-pelajar semakin mempunyai kesedaran untuk menunaikan solat subuh berjemaah di masjid. Imam Salahuddin al-Ayubi pernah berkata bahawa rahsia besar umat Islam dalam mencapai kejayaannya terletak pada kualiti kehidupannya bermula dari solat subuh lagi. Diriwayatkan bahawa sewaktu umat Islam mencapai kemenangan ketika menentang tentera rom di bait maqdis ialah konsistennya solat subuh berjemaah dan meriahnya sama seperti solat jumaat.

Sabtu 17 Mei, al-Fadhil ust. Warimin menyampaikan kuliah mengenai kesalahan-kesalahan yang berlaku dalam solat. Kebiasaannya bila ust. Warimin yang memberi kuliah, memang gempak gempita masjid dibuatnya dengan jenaka-jenakanya. Apapun semoga kuliah ini akan terus mendapat sambutan bukan sahaja daripada pelajar-pelajar bahkan daripada guru-guru dan warga sekitar.

kelebihan solat sunat dhuha

Murahkan rezeki, menolak kepapaan
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-
Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya : “Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha .”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata :“Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata : “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud:“Adalah Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya.”(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda bermaksud :” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” ( Riwayat At-Thabarani )

SELAMAT HARI CIKGU


Warga masjidbukharisemekar.blog merafakkan jutaan penghargaan dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh pihak guru dan berdoa agar semua guru dicucuri rahmat oleh-Nya. TERIMA KASIH CIKGU! (Khas untuk guru-guru semekar, jiran: Irsyadiah, SMKA's dan semua insan yang bergelar guru)

Program kerohanian hari Jumaat







Ini adalah sebahagian daripada program tadarus solat jumaat. Program ini dijalankan kira-kira 20 minit sebelum bermulanya solat Jumaat. Menurut pelajar yang bernama Zulhadi (6 Atas), program ini baru pertama kali dijalankan selama dia bersekolah 7 tahun di sini. Beliau menambah lagi, program sebegini adalah baik dan patut diteruskan berbanding sebelum ini pelajar tidak ada sebarang program melainkan tidur, lepak dan melakukan aktiviti yang kurang faedahnya sebelum azan jumaat berkumandang. Warga masjidbukharisemekar.blog ini nak juga berkongsi dengan bekas-bekas pelajar semekar mengenai program yang dilakukan pada waktu dulu-dulu. Mungkin saudara jundi004 ada ceritanya.
Khutbah hari ini disampaikan oleh al-Fadhil Ust. Mohd Zaid Ali. Khutbah tersebut berkisarkan tentang kewajipan mentaati ibu bapa. Sejurus tamatnya khutbah, solat berjamaah dilaksanakan yang diimami oleh ust. zaid Ali sendiri. Antara guru yang hadir termasuklah CEO sekolah, guru-guru flat dan juga warden asrama.

Sekitar Masjid al-Bukhari SEMEKAR 1











Gambar ini adalah yang terkini. Jadi mana-mana bekas pelajar tu yang tak sempat melihat perubahan ini bolehlah menikmati pemandangan sekitar masjid ini.




Isnin, Mei 11, 2009

Sekitar Imtihan Semester 1


Khusyuk menjawab kelas 3AB


Tenangnya bersama sekawan ikan dalam aqua


Budak2 sains...


Jangan sampai tertidur sudahlah


Sekolah sunyi sewaktu imtihan... dan dari jauh pandangan masjid al-bukhari

Selamat datang pelajar tingkatan 6 rendah

tapi seperti biasa, mereka hanya mendaftar dan hanya akan check-in asrama selepas bermulanya semester kedua nanti. semoga kehadiran mereka dapat memberi manfaat yang berguna terhadap diri mereka dan sekolah serta perjuangan hamba Allah am-nya

Imtihan!

selamat menduduki imtihan pertengahan tahun
semoga mencapai kejayaan yang diperlukan