Program ini sebenarnya dianjurkan oleh Kelab Guru SEMEKAR. Sama seperti tahun yang sudah, bazaar ini mendapat perhatian terutama bagi para peniaga kecil-kecilan yang ingin memeriahkan lagi suasana Ramadhan dan semestinya menambah lagi sumber pendapatan. Para pelajar disajikan dengan pelbagai juadah dari yang tempatan, tradisional sehinggalah antarabangsa. Apa yang penting, sillaturrahim menjadi agenda utama dalam program ini.
"pusat ibadah, keilmuan, kepimpinan dan informasi" -ke arah masjid inovasi 2016-
Isnin, September 07, 2009
Ihya' Ramadhan Perdana 1430 / 2009 SMK Agama Mohamad Ali
Majlis berbuka puasa
Para jemputan sedang menjamu selera
Para jemputan sedang menjamu selera
Sebahagian pelajar sedang melakukan solat taraweh
SEMEKAR, 7 Sept: Seperti tahun-tahun yang lalu, sekali lagi SMK Agama Mohamad Ali menganjurkan program Ihya Ramadhan Perdana. Biasanya, program ini merupakan kemuncak segala acara yang dianjurkan sepanjang bulan Ramadhan. Program ini dimulai dengan tazkirah pagi kelolaan Ustazah Norhayati Ibrahim. Selepas itu acara majlis khatam Quran pula dijalankan di bawah kelolaan Ustaz Wan Mazri Wan Mamat dan dibantu oleh saudara Taqiudin Muhd Yazid (Pra-U). Selesai sahaja majlis tersebut, acara pertandingan seperti hafazan, kuiz Ramadhan, anyaman ketupat, azan dan Khutbah dijalankan di bawah kelolaan Ustazah Noraisyah Samadi.
Pada sebelah petang iaitu selepas asar, satu ceramah perdana Nuzul Quran dijalankan. Ceramah ini disampaikan sekali lagi oleh al-Fadhil Ustaz Mohd Nasir Razali dari SMK Tambunan. Turut hadir dalam majlis ini ialah ketua sektor Sektor Pendidikan Islam iaitu Tuan Haji Idrus Abd. Rahman. Hadir sama ialah PK 1 Encik Ismail Galibin, Staf SEMEKAR, guru-guru sekitar daerah Ranau dan tentu sekali para pelajar SEMEKAR. Majlis ini diakhiri dengan jamuan Iftar Jamaie, Solat Maghrib, Isyak dan Taraweh berjamaah dan jamuan moreh menjadi penutup program pada hari ini.
Sebenarnya majlis berbuka puasa tersebut adalah dianjurkan bersama oleh PPD Ranau dengan SEMEKAR menjadi tuan rumah. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan majilis ini dengan gemilang.
Ahad, September 06, 2009
kem Pemerkasaan Aqidah SMK Agama Mohamad Ali
Berlangsung pada 4 September sehingga 5 September, program ini dianjurkan bersama dengan Sahabat Bible di bawah naungan Persatuan Ulama Malaysia (PUM), program ini telah memberi kesan yang positif terhadap lebih 100 peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan Pra-U sekolah ini. Para peserta teruja melihat dan meneliti secara lebih mendalam akan isi kandungan Bible yang selama ini hanya mendengarnya semata-mata. Kesempatan ini juga para peserta telah melakukan banyak pertanyaan berkaitan dengan isi kandungan Bible dan salasilahnya. Jutaan terima kasih kepada Team Sahabat Bible (Ust. Muhammad Akmal Usman (JHEAINS), Ustaz Arbaien (SK Mutiara), Ustaz Amir Hamzah dan Ustaz Zulkifly (SMAKK). Juga tidak ketinggalan para mahasiswa UMS yang bertindak sebagai fasilitator. (Gambar menyusul)
Langgan:
Catatan (Atom)