Selasa, Ogos 09, 2016

MAJLIS KHATAM QURAN DAN IFTOR PERDANA 1437

Pada 30 Jun lalu, pihak Bidang Pengajian Islam dan Kelab Guru telah menganjurkan program Khatam Quran dan Iftor Perdana peringkat sekolah bersempena dengan sambutan Ihya Ramadhan 1437 / 2016. Dalam majlis ini juga telah berlangsung penyampaian anugerah Hafazan Perdana V2 dan penyampaian sumbangan Masih ada Yang Sayang kepada anak yatim dan orang yang memerlukan.

Majlis Khatam Quran dipimpin oleh pelajar tahun akhir, tingkatan 5 dengan abang Abd. Hadi Fattah Mahian sebagai khalifahnya. Selepas itu, satu sesi tazkirah ringkas telah disampaikan oleh Ustaz Najib dari SPI JPN Sabah.

Majlis diakhiri dengan majlis berbuka puasa disusuli solat maghrib, isyak, taraweh dan witr.
(gambar menyusul)

Jumaat, Ogos 05, 2016

PEMANTAUAN SURAU IMARAH KPM 2016

Namanya pertandingan surau imarah (walaupun surau sini bertaraf masjid). Baru pertama kali menyertai dan juga menyedari masih lagi serba kekurangan jika dibandingkan dengan surau sekolah yang sudah lama establish. Namun begitu, anggap saja ini sebagai permulaan ke arah menjadikan Masjid Azhar mencapai kecemerlangan.

Pemantauan dilakukan oleh Ustaz Sabudin Dullah bersama Ustaz Junaidi dari Sektor Pendidikan Islam JPN Sabah pada  29 Julai lalu. Secara keseluruhan, masih banyak lagi yang perlu diperbaiki dan ditambah baik sesuai dengan elemen yang terkandung dalam pemantauan tersebut. Terima kasih atas saranan dan teguran dan semoga perkara ini dapat direalisasikan.


Pembentangan oleh Ustaz Rezany

 Pemandangan dari anjung Aisyah

 Anjung Aisyah: Ruang untuk pelajar puteri ma'zurah

 Khutbah yang dipimpin oleh pelajar ting. 5

 Sudut informasi

 Suasana dalam maktabah al-Biruni

 P&P dalam masjid

 Rak Quran yang kemas

Taman di luar anjung Aisyah

 Anjung Khadijah di aras 1


Waktu solat dan paparan digital di paparkan melalui TV LED

Sabtu, Julai 23, 2016

PERKHEMAHAN PERDANA ENAM PENJURU UNIT BERUNIFORM SMKA KENINGAU

Pada 22 Julai - 24 Julai 2016, unit Kokurikulum telah menganjurkan Perkhemahan Perdana 6 Penjuru UB SEMAKEN. Perkhemahan ini disertai oleh UB K-PO, KRS, K-BOM, PPIM, Pengakap dan BSMM. Antara matlamat program ini dilaksanakan ialah meningkatkan jati diri pelajar agar positif menghadapi cabaran akan datang disamping permuafakatan antaraUB dan sesama ahli.

Dalam Program tersebut, banyak aktiviti telah dijalankan antaranya pertandingan kawad kaki, fesyen rimba, ikhtiar hidup, larian berhalangan dan tazkirah. Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Ustaz Suffian Jasimani Ketua Unit Pengurusan Institusi Pendidikan Agama (PIPA) Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Johan keseluruhan disandang oleh Kadet Polis (K-PO). Sesungguhnya program ini telah memberi manfaat kepada peserta itu sendiri dan diharapkan program tersebut dapat diteruskan pada masa akan datang.

Isnin, Jun 20, 2016

KARNIVAL SUKAN (MAHRAJAN RIYADI) SMKA NEGERI SABAH

Pada 6 hingga 8 Mei yang lalu, SMKA Keningau telah menjadi tuan rumah kepada program Karnival Sukan Peringkat Negeri. Kejohanan ini disertai lebih kurang 600 atlit dari semua SMKA dan SABK yang ada di negeri Sabah iaitu:
1) SMKA Keningau, Keningau
2) SMKA Kota Kinabalu
3) SMKA Tun Ahmad Syah Kota Kinabalu
4) SMKA Tun Said Kota Belud
5) SMKA Tun Datu Mustafa Papar
6) SMKA Limauan Papar
7) SMKA Tun Juhar Sandakan
8) SMKA Tun Sakaran Semporna
9) SMKA Mohamad Ali Ranau
10) SMA Irsyadiah Ranau (SABK)

Manakala SMA Islamiah Tawau tidak menyertai atas sebab-sebab tertentu.

Acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut:
- Bola sepak
- Bola Tampar
- Bola Jaring
- Sepak Takraw
- Olahraga

SMKA Mohamad Ali Ranau telah menggondol johan keseluruhan manakala SMKA Keningau menduduki tempat kedua. Matlamat program ini ialah bagi mengcungkil bakat sukan yang ada serta mengeratkan tali silaturrahim sesama atlit. Tuan rumah berikutnya akan diadakan di SMKA Mohamad Ali Ranau pada tahun 2017.

MAJULAH SUKAN UNTUK SMKA/SABK

Sabtu, Jun 18, 2016

SALAM RAMADHAN 1437

Lama sungguh tidak update perkembangan blog ini. Admin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan. Ramadhan Kareem. Allahu Akram!