Khamis, Julai 06, 2017

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Pihak Masjid Azhar SEMAKEN mengucapkan Minal Eid Wal Faezin Kullu Am Wa Antum bikhair


MAJLIS IHKTITAM IHYA RAMADHAN DAN PERUTUSAN KHAS AIDILFITRI

Kemuncak program ihya ramadhan 1438 / 2017 ini ialah program Ikhtitam Ihya Ramadhan dan Perutusan Khas Aidilfitri oleh tuan Mudir. Majlis ini diadakan pada 22 Jun, sebelum kepulangan balik beraya tahun 2017. Majlis dimulakan dengan bacaan Quran oleh Nur Ain Edin, pelajar tingkatan 4. Disusuli dengan  perutusan khas Aidilfitri oleh tuan Mudir. Beliau menyeru kepada semua warga agar menyambut aidilfitri dengan bersederhana dan kembali kepada fitrah. Disamping itu juga beliau meminta semua warga agar menghayati nasib saudara-saudara seagama yang meraikan aidilfitri dalam keadaan kepayahan seperti di Palestin, Syria, Iraq, Myanmar dan lanlan lagi.

Selesai sahaja perutua tersebut, persembahan video klip dakwah dan majlis penyampaian hadiah kepada peserta yang berjaya dalam pertandingan ihya ramadhan. Pelajar juga telah menerima sumbangan duit raya oleh pengusaha dewan makan. Majlis diakhiri dengan majlis Salam Jamaie antara sesama warga.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

MAJLIS KHATAM QURAN DAN IFTOR KUBRO 2017

Pada 21 Jun yang lalu, majlis Khatam Quran dan Iftor Kubro peringkat SEMAKEN sempurna dilaksanakan. Tradisi tahunan ini digerakkan oleh guru-guru, pelajar dan PIBG bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan meraikan golongan yang susah dengan adanya pemberian sumbangan. Program ini juga sebagai simbolik penamat kepada program tadarus Quran yang telah dijalankan sepanjang bulan Ramadhan. Majlis dimulakan dengan sesi Khatam Quran oleh pelajar-pelajar tahun akhir SEMAKEN iaitu tingkatan 5 disusuli dengan tazkirah Ramadhan dan majlis berbuka puasa, dan diakhiri dengan moreh perdana selepas solat sunat taraweh. Majlis ini juga diserikan lagi dengan kehadiran wakil dari SPI iaitu ustaz Sabudin Dulah, KU Dakwah SPI.

pra iftor: sibuk menyediakan juadah istimewa iaitu bubur chacha

antara guru-guru yang berhempas pulas 

walau di panas terik, masih senyum dan ceria

tetamu kehormat majlis: tuan Mudir, KU Dakwah Ust. Sabudin dan YDP PIBG 


suasana majlis Khatam Quran oleh pelajar tingkatan 5



ZIARAH RAMADHAN 2017 DI KAMPUNG TONOP TAMBUNAN

Meneruskan tradisi ramadhan bagi SEMAKEN, tahun ini tepatnya 16 Jun, rombongan SEMAKEN berziarah ramadhan ke Kampung Tonop Tambunan, kira-kira 70 km dari Keningau. Antara cabaran yang terpaksa dilalui ialah lokasi yang agak mencabar, selain tersesat ketika mencari lokasi ini.

Seperti tahun sudah, objektif ziarah ini ialah menjalin hubungan silaturrahim sesama umat Islam. Selain itu, diagihkan juga sumbangan kepada fakir miskin, berbuka puasa dan solat taraweh bersama penduduk kampung. Majlis diakhiri dengan sesi moreh dan bertolak balik ke Keningau pada jam 9.30 malam. Semoga bertemu lagi program ziarah ini pada tahun berikutnya.

sebahagian daripada ahli rombongan memulakan perjalanan (kereta URMT bersama Zulkifli, Ammar, Fatan dan Kazaruddin)

Masjid yang indah menjadi lokasi ziarah Ramadhan. Indah di perbukitan

Sebahagian ahli rombongan

Tim yang telah tiba lebih awal

Persediaan majlis berbuka puasa. Turut bersama ialah YDP PIBG SEMAKEN

Solat sunat Taraweh

Ucapan oleh tuan Mudir sebelum majlis penyerahan sumbangan

Selesai majlis sumbangan

Kenangan terindah sebahagian ahli rombongan

KEM IHYA RAMADHAN 2017

Berlangsung pada 14 - 16 Jun di Pusat Kokurikulum Negeri Malangang Kiulu, program tersebut disertai oleh 20 orang pelajar tingkatan 4. Antara pengisian program ialah Tadarus dan Khatam Quran, pertandingan azan, hafazan dan nasyid. Antara pencapaian dalam pertandingan tersebut ialah naib johan Hafazan oleh Nor Farhanah Hasanuddin. Manakala pasukan nasyid putra menggondol tempat ketiga.

Nor Farhanah juga telah diumumkan sebagai peserta terbaik program kategori puteri. Banyak pengalaman yang telah dilalui oleh semua peserta. Sepanjang program ini, mereka diiringi oleh Encik Akmal Azman dan Ustazah Nor Amalia Musa. Syabas dan tahniah kepada semua peserta.

berposing sebelum memulakan perjalanan

 bersama guru pengiring

proses pasang khemah

pasukan nasyid (tempat ketiga keseluruhan)

ceria sebelum persediaan mengikuti flying fox

naib johan hafazan dan juga peserta terbaik keseluruhan bagi kategori puteri

Rabu, Jun 07, 2017

PELANCARAN IHYA RAMADHAN DAN ODOJ 2017




Bertempat di Dewan Besar SEMAKEN, majlis pelancaran ini telah berlangsung pada 25 Mei yang lalu. Antara pengisian utama ialah ceramah khas istiqbal Ramadhan oleh ustaz Muhammad Akmal Osman dari JHEAINS.

Disamping pelancaran Ihya Ramadhan, juga dilancarkan program One Day One Juzu' (ODOJ) yang disempurnakan oleh Tuan Mudir. Turut hadir ialah barisan pentadbir, guru dan para pelajar.

TIPS MEMBACA QURAN


Oleh: Dr. Muhd al-Muhaysni.
‎هذه #وصايا_أثناء_القراءة كتبها د. محمد المحيسني حفظه الله ..
‎١- لا تعطي القرآن فضلة وقتك .
1. Jangan engkau berikan (fokus membaca) al-Quran pada lebihan waktumu (yakni: bila free, baru baca),
‎بل خصص له وقت محدد لا ينازعك عليه أحد
Malah khususkan untuknya waktu tertentu, yang mana tiada seorangpun yang akan mengganggumu.
‎٢- قبل القراءة جدد وضؤك ، واستقبل القبلة ، .
2. Sebelum membaca al-Quran, perbaharui wudhu'mu, hadaplah ke arah kiblat,
‎وابدأ بالاستعاذة ثم البسملة ، واستحضر فضل قراءة القرآن
dan mulakan dengan Isti'azah (Bacaan A'udzu bilLah..), kemudian Basmalah (Bacaan Bismillahir-Rahman..) dan ingatilah ganjaran kelebihan membaca al-Quran.
‎٣- ليكن صوتك وسطاً لا مرتفعاً فتتعب وتزعج ولا منخفظاً فتمل وتنعس
3. Hendaklah kekuatan suaramu sederhana, tidak terlalu kuat sehingga engkau kepenatan dan terganggu, dan tidak terlalu perlahan sehingga engkau bosan dan mengantuk.
‎ولتكن سرعتك وسطاً لا سريعة فتهذ ولا بطيئةً فتسئم .
Hendaklah laju bacaanmu itu juga sederhana, tidak terlalu laju sehingga terpotong-potong ayat (kerana sering tersilap), dan tidak juga terlalu perlahan sehingga engkau rasa jemu.
‎٤- للقرآن هيبة ووقار
4. Al-Quran memiliki wibawa dan kehormatan.
‎ومن عظم القرآن في قلبه عظم الله مكانته بين الناس
Sesiapa yang mengagungkan al-Quran di dalam hatinya, Allah agungkan kedudukannya di kalangan manusia.
‎فلا تقطع قراءتك بالكلام مع فلان وفلان
Maka jangan engkau putuskan bacaanmu dengan perbualan bersama orang lain.
‎٥- كان السلف إذا شرع أحدهم في قراءة سورةٍ لا يقطعها حتى يتم السورة.
5. Generasi salaf dahulu apabila mereka menetapkan untuk membaca satu surah, mereka tidak akan memutuskannya sehingga sempurna bacaan satu surah tersebut.
‎وهذا من الأدب مع كلام الله ، والبعض يقطع الآيات !
Ini adalah di antara adab dengan kalam Allah. Dan sebahagian orang memutuskan ayat (untuk bercakap dengan orang).
‎٦- إذا بدأت قراءتك فلا تلتفت لأحد
6. Apabila engkau telah memulakan bacaanmu, maka janganlah engkau menoleh kepada sesiapapun.
‎وإذا أراد أحدهم الحديث معك فأشر بيدك له معتذراً ،
Jika seseorang ingin berbicara denganmu, berikan isyarat dengan tanganmu meminta maaf.
‎وهذا من تعظيمك لكتاب الله
Ini merupakan sikap memuliakan kitab Allah.
‎٧- إن كنت ولا بد قاطعاً تلاوتك لحديثك لأحدهم ، فلا تجبه فور حديثه.
7. Jika engkau perlu untuk menghentikan bacaanmu untuk berbicara dengan seseorang (yang mengajakmu berbicara), jangan terus (berhenti untuk) menjawabnya.
‎بل لينتظرك حتى تقف على رأس الآية في موقف مناسب .
Malah hendaklah dia menunggu sehingga engkau berhenti di hujung ayat, pada tempat berhenti yang sesuai.
‎٨- يجب عليك تحريك لسانك أثناء القراءة
8. Hendaklah engkau menggerakkan lidahmu ketika membaca al-Quran,
‎أما قراءة العين فهي لا تجزئ ولا تعبر قارئاً
adapun bacaan dengan mata sahaja, tidak memadai dan tidak dianggap sebagai membaca.
‎٩- من عدم احترامك لكلام ربك أن تقرأ آيات يسيرة ثم تتابع تويتروتليجرام و..و..و ثم تعود ، ثم تتصفح وهكذا !
9. Di antara tanda hilangnya rasa hormat kepada kalam Tuhanmu, ialah apabila engkau baru membaca sedikit ayat-ayat al-Quran, kemudian engkau sambung pula dengan melihat Twitter, Telegram, fb dan ini, dan itu, kemudian sambung, kemudian semak lagi, dan seterusnya.
‎١٠- أنصحك أن تذهب لمسجد بعيد لا معارف لك به
10. Aku menasihatkanmu agar engkau pergi ke sebuah masjid yang jauh, yang engkau tidak ada orang mengenalimu.
‎وأن تذهب الأخت لغرفة منعزلة
Dan bagi wanita, agar pergi ke tempat, bilik atau ruangan yang terasing.
‎لتخلوا بكتاب ربك فتذوق حلاوته وتتدبر آياته
Supaya kamu dapat bersendirian bersama kitab Tuhanmu, lalu engkau menikmati kemanisannya dan mentadabburi ayat-ayatNya.
‎١١-مهمة:
‎شر جليس لك في قراءتك هاتفك !
11. (PENTING!!)
Seburuk-buruk pendampingmu ketika membaca al-Quran, ialah 'handphone'mu.
‎فأنصحك أن تتركه في المنزل أو السيارة
Maka, aku menasihatkanmu, agar engkau meninggalkan ia di rumah atau di dalam kenderaan (dalam keadaan yang selamat)
‎وتذهب للقراءة وحدك حتى لا يدخل منه الشيطان
Dan engkau pergi membaca al-Quran bersendirian, supaya Syaitan tidak mengganggumu melaluinya

SAHURLAH WALAU DENGAN SEBIJI TAMAR



Kebiasannya berpuasa di asrama menjadi cabaran untuk bangun bersahur. Kerana sanggup tidak bangun sahur dengan alasan boleh menahan diri berpuasa tanpanya.

Hal ini perlu diperbetulkan kerana amalan bersahur ini merupakan saranan Nabi SAW.

"Perbezaan antara puasa oang Islam dan puasa ahli kitab ialah makan sahur." (HR al-Tirmizi)

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan." (HR Bukhari)

"Bersahur itu adalah makan yang berkat. Maka jangan kalian meninggalkannya walaupun salah seorang daripada kalian hanya meneguk seteguk air. Maka sesungguhnya Allah Ta’ala dan malaikatNya berselawat ke atas orang-orang yang bersahur." (HR. Imam Ahmad)

"Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (HR. Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi)

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1438