Jumaat, Mei 15, 2009

Kuliah Subuh

Kuliah ini dijalankan pada setiap pagi sabtu dan ahad selepas selesainya solat fardhu subuh berjamaah. Pada hari sabtu kuliah dikendalikan oleh ust. Rezany manakala pada hari ahad dikendalikan oleh ust. Warimin.

Untuk sabtu 16 Mei, penceramah mengutarakan kelebihan melakukan solat subuh secara berjamaah dan disusuli dengan budaya couple yang menjadi kegilaan anak-anak muda masa kini. Nampaknya sambutan mengenai kes couple mendapat respon yang agak baik. Alhamdulillah pelajar-pelajar semakin mempunyai kesedaran untuk menunaikan solat subuh berjemaah di masjid. Imam Salahuddin al-Ayubi pernah berkata bahawa rahsia besar umat Islam dalam mencapai kejayaannya terletak pada kualiti kehidupannya bermula dari solat subuh lagi. Diriwayatkan bahawa sewaktu umat Islam mencapai kemenangan ketika menentang tentera rom di bait maqdis ialah konsistennya solat subuh berjemaah dan meriahnya sama seperti solat jumaat.

Sabtu 17 Mei, al-Fadhil ust. Warimin menyampaikan kuliah mengenai kesalahan-kesalahan yang berlaku dalam solat. Kebiasaannya bila ust. Warimin yang memberi kuliah, memang gempak gempita masjid dibuatnya dengan jenaka-jenakanya. Apapun semoga kuliah ini akan terus mendapat sambutan bukan sahaja daripada pelajar-pelajar bahkan daripada guru-guru dan warga sekitar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan