Sabtu, Jun 12, 2010

S.M.K.A (Saya Mencari Keredhaan Allah) Khusus buat pelajar-pelajar SEMEKAR

Apabila menonton rancangan reality terbitan Astro yang terbaru iaitu program IMAM MUDA, sebuah racangan berunsurkan keagamaan, penulis terfikir kepada diri sendiri bagaimanakah hendak menghasilkan seseorang manusia yang berkualiti dari segi kehidupan bersyariat. Sentiasa teringat tentang anak-anak murid yang hendak diacukan menjadi serupa yang terpapar di rancangan IMAM MUDA tersebut. Otak memerah keras akan pelbagai program yang hendak diatur demi menjadikan produk SEMEKAR lain dari yang lain, sekurang-kurangnya di peringkat daerah Ranau dan pedalaman (Tambunan ke bawah).

Menjadi kerisauan penulis juga rakan seangkatan mengenai kedegilan sebahagian pelajar yang sukar memahami aspirasi SMKA iaitu Saya Mencari Keredhaan Allah. Gejala-gejala yang sukar untuk dibendung bahkan dikurangkan seperti couple (kadang-kadang couple melampau), pengamalan budaya-budaya keras (punk, rock, skin dan sebagainya), enggan menuruti syariat Islam seperti menutup aurat (bagi lelaki dan perempuan tidak ada bezanya) dan malas melakukan solat apatah lagi solat berjamaah.

Hakikatnya, sebahagian pelajar SEMEKAR malu untuk menonjolkan dirinya sebagai pelajar SMKA di tempat masing-masing. Mungkin situasi ini pernah terjadi:

Situasi 1:

A : Kenapa kau pakai seluar pendek? Bukankah kau pelajar SMU (SEMEKAR)?

B : Alah, SMU pun bukan semestinya alim.

A : Tapi apa orang akan cakap?

B : Alah, padul lah ba! Hidup aku bukan orang lain punya.

Situasi 2:

C : Cantiknya gambar mu di fb (Facebook) itu. Tapi kenapa lain saja pakainya? (Tidak pakai tudung)

D : Alah, rimaslah kamu kaitkan aku dengan soehah-solehah ini. Aku juga mau bebas macam

budak-budak lain.

C : Kalau kenampakan Ustaz @ Ustazah?

D : Buat tak tau jer, kubur sendiri-sendiri.

Memang seringkali ‘kedapatan’ sebahagian pelajar-pelajar SMU yang mengelak untuk berindentitikan pelajar SMKA, seperti berpakaian yang tidak sepatutnya, berada di pusat-pusat hiburan (kadang-kadang dialah juara berbanding pelajar-pelajar sekolah lain), mahupun berbudaya barat yang keterlaluan seperti bertindik, mewarna rambut bukan sepatutnya.

Perjuangan tetap diteruskan. Membentuk Iman adalah amanah, tapi haruslah juga berusaha selagi terdaya. Cabaran dan tohmahan sememangnya asam garam dalam berdakwah, bahkan itulah pemanisnya di kala hati sedang diremuk redam. Semoga segala usaha ini diberkati oleh-Nya.

2 ulasan:

  1. sesiapa yang membantu agama Allah maka insyAllah Dia akan membantu orang tersebuut.. wallahualam, teruskan usahaa

    BalasPadam
  2. Asalamualaikum
    Mohon maaf kerana saya datang membaca ke laman indah ini, terfikir nak buat ulasan. Berdakwah harus di teruskan walau apa keadaan. Tahniah kepada saudara yang berpandangan jauh ke hadapan dalam membina genarasi muslim muslimah di semekar. Pelajar yg bersalah harus di hukum secara berhemah, pendekatan yang berlandaskan ketaqwaan dan mohon rahmatNya.Hal bertudung & pakaian...memang sedih tul, mereka pi sekola pakai tudung..ke majlis keramaian atau kenduri mak oi...buka tudung. Semoga anak2 semekar tak buat macam tu, anak2 saya dan yg lain.

    BalasPadam