Jumaat, Oktober 21, 2011

EMO?

(Copy dan edit dari blog azlinahabdulgani.blogspot)

Mendepani isu-isu semasa hari ini, merupakan satu tanggungjawab besar bagi setiap individu Muslim terutamanya mereka yang bergelar Daie. Masalah yang melanda umat Islam saban hari perlu diambil cakna, agar kita dapat memikirkan jalan keluar dan kembali menyusun gerak kerja dakwah demi menegakkan kembali syiar agama Islam yang tinggi.

Memetik salah satu tajuk utama di dada akhbar tempatan 2 hari yang lalu, adalah menjadi suatu kerisauan bilamana melihat remaja dan belia Malaysia hari ini sangat mudah terpengaruh apabila trend Emo@ Gothic sudah menjadi suatu budaya yang semakin menular di negara kita. Budaya kuning yang dibawa masuk ke negara kita hari ini, jelasnya merupakan satu ancaman besar bagi golongan muda Malaysia dan umat Islam khususnya!

SIAPA MEREKA..?

Kumpulan ini agak mudah dikenali. Mereka biasanya memakai celak di mata, berseluar ketat dan berambut panjang serta berwarna sambil menutupi sebahagian wajah mereka.

Dikatakan, antara ritual dan amalan kumpulan ini adalah mengelar tangan, menjilat darah sendiri, melakukan seks bebas, melakukan perjumpaan beramai-ramai di suatu tempat dan mendengar muzik beberapa kumpulan artis Barat yang membawakan imej kumpulan Emo seperti My Chemical Romance,Jimmy Eat World dan sebagainya. Melalui lirik-lirik lagu kumpulan sebegini, mereka biasanya membawa mesej yang negatif dan mengajak kepada kemusnahan diri sendiri secara senyap. Dengan keadaan remaja yang khayal dek penangan pil ekstasi,heroin dan syabu, lantas ada diantara mereka yang mula menghayati lirik berkenaan dan mula mencederakan diri dengan senjata tajam.



'And though you're dead and gone, believe me your memory will carry on'
(Walaupun anda telah mati, percayalah kenangan anda akan terus kekal)
Di antara lirik lagu yang didendangkan


KE MANA PERGINYA JATI DIRI PEMUDA ISLAM?

Satu hakikat yang perlu kita akui adalah, remaja dan golongan belia negara kita sudah hilang jati dirinya! Lihat sahaja mereka ini. Tanpa perlu bertemu empat mata dengan mereka , saya mampu mengenali mereka.

Bukan Dominic atau Christina..!

Bukan Raju atau Priyanka..!

Bukan Ah Seng mahupun Mei Ling..!

Kebanyakannya anak-anak melayu, Islam! Musa, Hasan, Khalid atau Ahmad..Semuanya nama-nama panggilan yang tentunya membawa makna dan maksud yang baik.



Budaya Emo@Gothic yang sudah lama 'membiak' di Malaysia dan dikatakan semakin menular ke seluruh negara

Dengan kondisi seperti ini, nampaknya musuh-musuh Islam sudah tidak perlu berkerja keras. Datangkanlah apa sahaja imej dan trend terbaru..Black Metal,Punk, Skin Head, Hip Hop..dengan mudah akan menjadi ikutan anak muda tanpa paksaan. Lantas tujuan utama mereka untuk menjauhkan umat Islam daripada pegangan Al Quran,Sunnah dan syariat Islam akan terlaksana dengan sendirinya!


Remaja muslim sebenar adalah remaja yang berpegang teguh pada Al Qura dan As Sunnah. Daripada cara pergaulan, cara berpakaian, dan sebagainya dituruti mengikut kehendak agama sepenuhnya. Biar apa juga trend dan fesyen terkini didatangkan, dia tetap dengan pendirian dan jati dirinya, kerna dia yakin..dengan menjaga syariat dan agama Allah, maka Allah swt akan menjaganya pula.

Kembalikan pemuda pemudi Islami harapan agama!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan