Anjung Syimaliah (Pintu masuk utama muslimah)
Pintu masuk ke ruang wudhuk
Pintu masuk ke ruang solat
Sebahagian daripada ruang rehat yang terdapat di anjung ini
Petunjuk arah ke Anjung Taqwa (Artikel mengenai Anjung Taqwa akan menyusul)
Pintu masuk wudhuk muslimah yang lama
Tembok penghalang pandangan asrama putera (di belakang tangki biru)
Bermula tahun 2011, dengan hanya berdindingkan kayu papan nipis 'plywood' sebagai pemisah antara ruang lelaki dengan perempuan, sedikit-demi sedikit tempat ini dinaik taraf demi keselesaan para jemaah. Pada mulanya, projek pembinaan atap tambahan bagi ruang ini dan seterusnya pembinaan tembok pemisah kekal menggantikan papan nipis. Akhir sekali, diluaskan kawasan rehat pelajar dengan jubin sehingga menjangkau keluasan 20 kaki persegi dan dibina tembok setinggi 6 kaki bagi menghalang pandangan daripada asrama putera.
Selain daripada fungsi sebagai pintu masuk utama pelajar puteri, ruang ini juga berfungsi sebagai tempat mengulangkaji pelajaran bagi pelajar puteri yang uzur. Untuk projek berikutnya, pihak sekolah akan menambah baik lagi kemudahan dengan membina pondok bacaan di hadapan anjung ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan