Sabtu, April 25, 2009

Membingungkan!

Sungguh hairan berdasarkan apa yang disampaikan oleh abang Syahrizam Tahir peserta NILAM ( peringkat kebangsaan (lihat catatan sebelum ini), belum ada keputusan akhir dilakukan atas sebab tidak ada peruntukan? Bagaimanakah pertandingan ini boleh dijalankan tanpa adanya perancangan dan bajet yang diluluskan? Apapun abang Syahizam kita sudah melakukan yang terbaik. Mudah-mudahan adalah rezeki untuknya.

Mukhayyam Luhgatul Arabiah


Komitmen yang tinggi sehingga tidak menunjukkan rasa penat


Wajah yang serius


Tekun mengikuti salah satu slot




Besemangat ketika menyanyikan lagi tema mukhayyam




Julung kalinya panitia Bahasa Arab Tinggi SMK Agama Mohamad Ali mengadakan mukhayam lughatul arabiah (mla) peringkat SPM. Antara matlamatnya ialah meningkatkan lagi minat dan pemahaman pelajar dalam subjek Bahasa Arab. Diadakan pada 24 - 26 April di Dewan al-Syafie (Dewan Besar Sekolah). Melalui 'orang kuatnya' Ust. Wan Mazri Wan Mamat, fasilitator terdiri daripada pelajar STPM 2009 berusaha bertungkus lumus bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar. Para peserta 'berpeluh' menangkis segala persoalan yang dikemukakan oleh urusetia. Semoga usaha ini memberi manfaat besar kepada sekolah amnya.

Rabu, April 22, 2009

Pembestarian Masjid


Tidak juga mahu ketinggalan, pihak AJK Masjid al-Bukhari berusaha untuk menaik taraf masjid sekolah ini kepada tahap yang lebih baik. Salah satu usaha yang dilakukan ialah 'meminjamkan' LCD Projector kepada pihak masjid. Oleh itu, mana-mana guru yang berhasrat menggunakan masjid bagi menjalankan P&P amatlah dialu-alukan. Sila berhubung dengan AJK Masjid atau Pn. Norhayati Ibharim.

tahniah

Peserta MTQ kita Mohd Iman Jabilin mendapat tempat ke-2 dalam acara Tilawah Quran peringkat negeri. Begitu juga dengan Norazean Momen yang mendapat tempat ke-3. Walaupun tidak berjaya ke peringkat kebangsaan, keputusan ini sudah cukup baik dan menandakan bahawa sekolah kita boleh melahirkan bakat-bakat dalam bidang Quran. Moga terus berusaha dan berjaya.

Isnin, April 20, 2009

Berilah sokongan buat mereka!


Kakak Norazean Momen (peserta MTQ peringkat negeri)

Abang Iman Jabilin (peserta MTQ peringkat negeri)

Abang Syahrizam Tahir (Peserta Nilam peringkat kebangsaan)

sekitar majlis motivasi pelajar harapan PMR / SPM 2009


Pemangku Pengetua memberi ucapan

sebahagian penonton yang menghadiri majlis


pelajar-pelajar puteri
Dewan al-Syafie, 18 April: satu program motivasi pelajar harapan PMR dan SPM 2009 diadakan bagi menaikkan lagi semangat pelajar-pelajar menghadapi peperiksaan pada tahun ini. Kehadiran ibu bapa menambahkan lagi kemeriahan majlis ini. Selepas slot motivasi, sesi dialog diadakan di antara ibu bapa dengan pihak sekolah. Antara soalan yang dikemukakan ialah berkenaan kebenaran telefon bimbit ke sekolah. Penonton terutamanya para pelajar memberi respon yang agak baik berkenaan dengan soalan tersebut. Apapun diharapkan agar majlis ini mencapai matlamatnya.