Ahad, Disember 27, 2009

Ambillah Iktibar!

Assalamualaikum. Keputusan PMR 10 telah pun menunjukkan hasilnya. Bagi yang berjaya, jutaan tahniah dan syabas. Bagi yang kurang berjaya, ini bukanlah satu pengakhiran.

Adapun yang ingin disampaikan pada kali ini ialah berkenaan hasil selepas keputusan diumumkan. Ramai yang gembira apabila dapat mencapai target.Tak kurang juga ada yang kecewa kerana gagal mencapai apa yang diharapkan. Ada juga yang 'bersahaja', mungkin telah menjangka akan keputusan tersebut.

Pasti yang cemerlang terfikir-fikir apa yang perlu dilakukan selepas ini. Menyambung di sekolah 'elit' seperti SBPS, MRSM atau kekal sahaja di SEMEKAR? Pelbagai pihak akan memberi cadangan dan tak kurang mendesak kepada pelajar yang cemerlang. Situasi ini akan menimbulkan konflik kepada pelajar tersebut.

Bagi yang kurang berjaya, timbul perasaan rendah diri dan merasakan diri tidak setaraf kepada yang cemerlang. Hasilnya, akan terbentuk satu golongan 'geng biasa-biasa saja'. Segan untuk bergaul dengan pelajar cemerlang. Hal ini akan berlau apabila pelajar-pelajar cemerlang akan ditempatkan di kelas yang baik seperti sains tulen. Berlakunya sikap: budak sains memang pandai. kami ini biasa-biasa saja.

Satu lagi gejala yang berlaku apabila pelajar PMR naik kelas tingkatan 4 ialah perubahan sikap malas belajar. Kebiasaannya masyarakat melabelkan tingkatan 4 sebagai tahun berbulan madu. Pada waktu inilah pelbagai masalah akan timbul seperti penurunan prestasi pelajaran, budaya 'couple' dan macam-macam lagi.

Yang cemerlang akan bersikap santai, manakala yang biasa-biasa saja akan berterusan sikap rendah diri. Katanya, penat belajar selama 3 tahun sebelum PMR, inilah masanya hendak berehat seketika. Hasilnya ramai yang kecundang sewaktu SPM diumumkan. Sebelum ini terdapat pelajar yang cemerlang dalam PMR tetapi kecundang dalam SPM.

Oleh itu sedarlah, bahawa PMR tidak boleh dijadikan ukuran bahawa kecemerlangan itu akan berterusan. Hanya dengan usaha yang betul akan membolehkan kita akan sentiasa mendapat kecemerlangan. Bagi yang cemerlang, teruskan usaha dan jangan berhenti. Bagi yang biasa-biasa saja, ambil iktibar dan rangka strategi baru untuk kecemerlangan SPM kelak.

Selamat menempuh alam menengah atas wahai pelajar!

Sabtu, Disember 26, 2009

Segulung Tahniah Buat Mereka!


Encik Ismail (P.K. 1) menerima keputusan rasmi PMR dari En. Aziz Muji (wakil PPD)


Dari Kanan: Faizul Nizam (8A 1B), Muhammad Haziq (8A 1B)

Tahniah kepada pelajar yang cemerlang dalam PMR 2009:
9A : Amnie Asbah, Elly Suhaila Waimin dan Nurul Adila Aratin
8A: Muhammad Haziq Ag. Nasran, Faizul Nizam Ramandari, (8A 1B)
7A: Salduana Junaidi, Siti Nur Azira Salidin, Ummu al-Aina Mattilih (7A, 2B)
Mohamad Azizan Doibi, Mohd Asyraf Md. Yatim dan Nurul Izwana Japirin (7A 1B 1C)
Siti Qhuzaimah Tahir (7A 2C)

dan yang lain-lain.

Selasa, Disember 22, 2009

Mulakan azam yang baru!

Sebelum memulakan sesi persekolahan yang baru, ambil berat terhadap beberapa perkara:

1) Pasang niat yang betul: Paling penting dalam memastikan hidup kita tidak menyimpang dari tujuan asal. Datang ke sekolah untuk memajukan diri.

2) Persediaan yang mantap: Pastikan kelengkapan disediakan seoptimum mungkin bagi mengelakkan sebarang gangguan dan kesulitan ketika belajar.

3) Susun strategi tahunan: buat perancangan tahunan semasa agar perjalanan hidup menjadi lebih fokus.

4) Berazam untuk lebih maju: berusaha maju dari sehari ke sehari (berkaitan perkara yang posotif sahaja)

5) Elakkan melakukan perkara yang tidak berfaedah dan sia-sia.

KEJAYAAN TIDAK AKAN DATANG BERGOLEK TETAPI MESTI MENEMPUHI KESUSAHAN DAN CABARAN. INSYA ALLAH ANDA AKAN MENJADI ORANG-ORANG YANG BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT

hijrah 1431


selamat menyambut tahun baru hijrah 1431

Khamis, November 26, 2009

SALAM IDULADHA 1430
semoga pengorbanan Ibrahim dan Ismail memberi semangat juang buat kita semua

Khamis, November 19, 2009

Penjenamaan semula nama kelas 2010

1AB = 1 At-Tabari
1UK = 1Al-Baihaqi
1AI = 1 An-Nasa'i
1KK = 1 Ar-Razi
2AB = 2 Sayyid Qutb
2UK = 2 Hasan Al-Banna
2AI = 2 Said Hawa
2KK = 2 Rasyid Rida
3AB = 3 Iqbal
3UK = 3 al-Qardhawi
3AI = 3 Al-Attas
3KK = 3 Al-Faruqi
4IS = belum dimuktamadkan lagi
4B = 4 Ibn Haitham
4F = 4 Ibn Battuta
4G = 4 Ibn Khaldun
5B = 5 Al-Khawarizmi
5F = 5 Al-Kindi
5G = 5 Al-Battani
6B = 6 Rendah al-Marbawi
6A = 6 Atas Hamka

Rabu, November 18, 2009

Nantikan Perubahan Radikal 2010

Antara perubahan yang bakal terlaksana:
1) Penjenamaan semula nama-nama kelas (semua kelas ada nama tersendiri)
2) Penjenamaan semula kantin (dikenali sebagai cafe *****)
3) penubuhan kelas elit PMR
4) Perubahan kedudukan kelas mengikut keutamaan akademik
5) Pemantapan aktiviti kokurikulum (latihan setiap hari)
6) dan lain-lain lagi
nantikan...

Aktiviti sepanjang tahun 2009 (part 3)


Ketua Sektor SPI sedang mengendalikan sesi motivasi PMR



Pasukan bola sepak bawah 15 tahun sempena kejohanan Liga Juara-Juara peringkat daerah Ranau


Salah satu slot LDK dalam program Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam peringkat daerah Ranau



Aksi spontan ketika jamuan pembubaran BPP 08/09


Puan Zulaikha menerima hadiah daripada En. Ismail sempena jamuan Kelab Guru


GOOD LUCK!


SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM DAN STPM
DARIPADA WARGA MASJID AL-BUKHARI SEMEKAR

Aktiviti sepanjang tahun 2009 (part 2)


Sebahagian suasana ketika musim peperiksaan akhir tahun 09



Program motivasi calon-calon PMR KAA/ SMKA/SABK peringkat ranau seminggu sebelum PMR bermula



Jamuan berbuka puasa guru-guru SEMEKAR di Hotel Perkasa



Ustaz Shamsuddin sedang menyampaikan kuliah maghrib sempena akhir Syawal yang lalu



Jamuan akhir tahun guru-guru GPI di Sabah Tea 16 November 09

Jumaat, November 13, 2009

selamat bercuti panjang!

kepada semua warga SEMEKAR, selamat bercuti panjang, jangan lupa buat homework untuk tahun depan dan muhasabah mana-mana yang telah berlaku sepanjang tahun ini. Jaga keselamatan diri dan yang paling penting, jaga hubungan dengan Allah, insya Allah akan dilindungi.

Sabtu, Oktober 17, 2009

Sekadar ingatan sekali lagi wahai generasiku

Tak lama lagi semester 2 akan menjelma. Apakah semua pelajar dan warga SEMEKAR sudah siap sedia menghadapinya?. Bagi pelajar-pelajar, semester 2 ini merupakan saat-saat yang penting bagi menguji kemampuan dalam pelajaran melalui beberapa siri peperiksaan yang bakal berlangsung.
Warga Masjid Bukhari SEMEKAR seperti biasa akan sentiasa memastikan dan meningkatkan tahap pengamalan kerohanian pelajar-pelajar berada dalam keadaan yang terbaik. Beberapa kelemahan yang terjadi pada semester lalu dan sebelumnya wajarlah dijadikan iktibar dan teladan. Akhir sekali, kita semua hendakkan pelajar-pelajar memahami peraturan, bukannya mematuhi peraturan secara membabi buta. Pelajar-pelajar kena faham kenapa perlu bangun pagi seawal 4 pagi, kenapa perlu solat berjamaah di masjid setiap waktu, memakai pakaian yang sesuai mengikut program tertentu seperti ketika makan dan menjalani prep.
Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa ingat bahawa kemudahan asrama hanya diberikan kepada mereka yang hendak belajar dan memajukan diri. Sekiranya tidak bersedia untuk mengikuti segala program dan peraturan yang disediakan, maka tepuk dada tanyalah selera. Kerajaan kita telah menghabiskan jutaan ringgit bertujuan untuk memajukan pelajar-pelajar agar tidak ketinggalan dengan pelajar-pelajar arus perdana. Lihat contoh ini:
Subsidi seorang pelajar per tahun =
makanan : RM9.60 x 30 hari x 10 bulan = RM 2880.00
buku teks: purata 1 buku RM 10.00 x 10 buku (PMR) = RM100.00
bantuan pakaian seragam : RM 80.00
biasiswa : RM 700.00 (BKP)
Jumlah keseluruhan: RM 3760.00 setahun!

Jumlah bantuan ini hampir menyamai kos pengajian Ijazah Sarjana Muda 2 semester.
Haruslah diingat bahawa setiap pelajar mempunyai amanah dan misi untuk dipikul. Harapan masyarakat agar pelajar SEMEKAR dapat menunjukkan kemampuan dalam mencapai kemajuan dan tidak melakukan kesalahan-kesalahan disiplin yang akan merencatkan prestasi akademik. Segala bantuan tersebut datangnya dari kerajaan. Kerajaan mendapat dana melalui cukai. Dan sebahagian cukai itu datangnya daripada ibubapa pelajar-pelajar yang sebahagian pelajar mungkin tidak memahaminya.

Pihak sekolah berkali-kali menegaskan bahawa telefon bimbit merupakan bahan larangan. Akan tetapi pihak sekolah telah melonggarkan sedikit peraturan dengan membenarkan penggunaan telefon bimbit dengan syarat hendaklah didaftar dna disimpan kepada warden. Namun begitu, ramai pelajar tidak mengambil peluang dengan kelonggaran ini dan terus menggunakannya seolah-olah tidak rasa bersalah. Di manakah rasa tanggungjawab dan amanah yang dipikul ini? Takkanlah di depan Allah hendak dijawab kemudahan telefon awam di sekolah yang tidak sempurna? Semua peraturan merupakan amanah dan setiap amanah akan dipersoalkan semula di akhirat.

Pihak ibu bapa juga hendaklah memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pihak sekolah. Sebahagian ibu bapa kurang memberi kerjasama dan lebih memihak kepada anak dalam satu-satu kejadian. Bahkan, terdapat ibu bapa yang menyerang pihak sekolah serta membuat tuduhan yang bermacam-macam. Hal ini akan menjadikan anak lebih berperasaan hebat dan naik lemak. Menurut pengalaman penulis, guru-guru akan kurang memberi perhatian kepada anak tersebut disebabkan perangainya yang membuatkan guru-guru rasa kurang senang, akhirnya pengajaran pun berlaku ala kadar sahaja, berbeza dengan pelajar yang sentiasa menjaga disiplin, guru-guru akan memberikan perhatian yang sepenuhnya.

Ada satu kisah, penulis melakukan pemeriksaan rutin ketika prep malam. Singgah di satu kelas, terdapat seorang cikgu (cikgu ini sebenarnya amat berdedikasi) sedang melakukan aktiviti tutorial kepada pelajarnya seramai... 5 orang! Penulis pun rasa hairan lantas bertanyakan kepada cikgunya kenapa hanya sebegini ramainya pelajar yang diajar. Cikgu itu menjawab bahawa sebahagian pelajar tidak minat mengikuti kelas tambahan. Peristiwa ini berlaku pada tahun lalu dan masih segar sehingga sekarang.
Kelas tambahan di sekolah ini diberikan PERCUMA. Jika sekolah bandar, ianya berbayar. Atas keprihatinan cikgu tersebut, dengan rela hati mengorbankan waktu REHATnya demi kemajuan anak-muridnya. Malangnya bila penulis mencari pelajar yang tidak menghadiri kelas cikgu tersebut, pelajar tersebut sedang BEREHAT-REHAT di suatu tempat. Dan alasanya, terlupa. Yalah, setiap hari lupa saja.

Satu lagi perkara yang perlu diambil perhatian ialah budaya couple. Penulis anggap budaya ini telah mencapai tahap kritikal. Kemuncaknya, beberapa kali pelajar kita ditangkap khalwat. Penulis rasa sedih sebab sebelum penulis berada di sekolah ini, penulis menghadapi masalah pemulihan akidah di sekolah penulis sebelum ini yang merupakan sekolah SMK harian. Akan tetapi di sekolah agama ini penulis menghadapi pula masalah pemulihan akhlak.

Justeru itu, pelajar-pelajar sekalian, berubahlah ke arah yang lebih positif agar menjadi pelajar yang dihormati dan disanjung masyarakat. BERUBAHLAH DI SEMESTER 2!

p/s - sem 2 hampir berakhir, jadi di manakah kedudukan kita? PMR dah selesai, SPM dan STPM bakal menyusul! Sedarlah sebelum terlambat!

Ahad, Oktober 04, 2009

SELAMAT MENDUDUKI PMR 2009

warga masjid al-bukhari semekar mengucapkan selamat menduduki PMR 09 dan mendoakan agar semua calon mendapat keputusan yang cemerlang

Rabu, September 30, 2009

Jumaat, September 18, 2009

EID MUBARAK!!!


Warga Masjid al-Bukhari SEMEKAR mengucapkan Eid Mubarak kepada semua warga SEMEKAR.

Rabu, September 16, 2009

Balik Kampung Beraya


Pelajar-pelajar sedang menanti kedatangan ibu bapa menjemput balik rumah


Begitu juga dengan pelajar puteri

Kenderaan beratur mengambil pelajar
Beginilah suasana apabila cuti menjelang, lebih-lebih lagi cuti kebesaran hari raya. memang ada semacam feel yang berbeza bila cuti raya ne. Apa-apa pun janganlah asyik sangat bergembira terutama pelajar PMR yang tak lama lagi akan menduduki peperiksaan. Sentiasalah mengunjungi laman ini sewaktu cuti sekolah.

Terima Kasih Guru-Guru Pelatih


Dari kiri: Jamree, Roneezal dan Ruzaini

Dari kiri: Noorulzuraini, Siti Adauwiyah dan Norul Nazurah
Warga Masjid Bukhari SEMEKAR mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan guru-guru Praktikum UMS dan UNITAR selama 12 minggu mereka berada di bumi SEMEKAR ini. Semoga mereka akan menjadi guru yang berdedikasi pada masa akan datang. Pintu SEMEKAR sentiasa terbuka untuk mereka yang ingin berkhidmat di sini.


Isnin, September 07, 2009

Bazaar Ramadhan!




Program ini sebenarnya dianjurkan oleh Kelab Guru SEMEKAR. Sama seperti tahun yang sudah, bazaar ini mendapat perhatian terutama bagi para peniaga kecil-kecilan yang ingin memeriahkan lagi suasana Ramadhan dan semestinya menambah lagi sumber pendapatan. Para pelajar disajikan dengan pelbagai juadah dari yang tempatan, tradisional sehinggalah antarabangsa. Apa yang penting, sillaturrahim menjadi agenda utama dalam program ini.

Ihya' Ramadhan Perdana 1430 / 2009 SMK Agama Mohamad Ali


Majlis berbuka puasa


Para jemputan sedang menjamu selera

Sebahagian pelajar sedang melakukan solat taraweh
SEMEKAR, 7 Sept: Seperti tahun-tahun yang lalu, sekali lagi SMK Agama Mohamad Ali menganjurkan program Ihya Ramadhan Perdana. Biasanya, program ini merupakan kemuncak segala acara yang dianjurkan sepanjang bulan Ramadhan. Program ini dimulai dengan tazkirah pagi kelolaan Ustazah Norhayati Ibrahim. Selepas itu acara majlis khatam Quran pula dijalankan di bawah kelolaan Ustaz Wan Mazri Wan Mamat dan dibantu oleh saudara Taqiudin Muhd Yazid (Pra-U). Selesai sahaja majlis tersebut, acara pertandingan seperti hafazan, kuiz Ramadhan, anyaman ketupat, azan dan Khutbah dijalankan di bawah kelolaan Ustazah Noraisyah Samadi.

Pada sebelah petang iaitu selepas asar, satu ceramah perdana Nuzul Quran dijalankan. Ceramah ini disampaikan sekali lagi oleh al-Fadhil Ustaz Mohd Nasir Razali dari SMK Tambunan. Turut hadir dalam majlis ini ialah ketua sektor Sektor Pendidikan Islam iaitu Tuan Haji Idrus Abd. Rahman. Hadir sama ialah PK 1 Encik Ismail Galibin, Staf SEMEKAR, guru-guru sekitar daerah Ranau dan tentu sekali para pelajar SEMEKAR. Majlis ini diakhiri dengan jamuan Iftar Jamaie, Solat Maghrib, Isyak dan Taraweh berjamaah dan jamuan moreh menjadi penutup program pada hari ini.

Sebenarnya majlis berbuka puasa tersebut adalah dianjurkan bersama oleh PPD Ranau dengan SEMEKAR menjadi tuan rumah. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan majilis ini dengan gemilang.

Ahad, September 06, 2009

kem Pemerkasaan Aqidah SMK Agama Mohamad Ali

Berlangsung pada 4 September sehingga 5 September, program ini dianjurkan bersama dengan Sahabat Bible di bawah naungan Persatuan Ulama Malaysia (PUM), program ini telah memberi kesan yang positif terhadap lebih 100 peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan Pra-U sekolah ini. Para peserta teruja melihat dan meneliti secara lebih mendalam akan isi kandungan Bible yang selama ini hanya mendengarnya semata-mata. Kesempatan ini juga para peserta telah melakukan banyak pertanyaan berkaitan dengan isi kandungan Bible dan salasilahnya. Jutaan terima kasih kepada Team Sahabat Bible (Ust. Muhammad Akmal Usman (JHEAINS), Ustaz Arbaien (SK Mutiara), Ustaz Amir Hamzah dan Ustaz Zulkifly (SMAKK). Juga tidak ketinggalan para mahasiswa UMS yang bertindak sebagai fasilitator. (Gambar menyusul)

Ahad, Ogos 30, 2009

Aktiviti Ihya Ramadhan 1430 (Bahagian 1)

Musim Ramadhan datang lagi dan seperti tahun-tahun sebelumnya, bermacam aktiviti disediakan untuk warga SEMEKAR di bawah pelbagai anjuran. Antaranya ialah Ihya Ramadhan atau Menghidupkan bulan Ramadhan. Bermula seminggu sebelum bermula Ramadhan, aktiviti yang telah dilaksanakan ialah ceramah ambang Ramadhan serta pelancaran Ihya Ramadhan dan tabung sumbangan raya. Oleh kerana minggu pertama Ramadhan adalah cuti sekolah, maka segala aktiviti akan disambung selepas buka sekolah pada 31 Ogos ini. Antara aktiviti yang menarik menunggu warga SEMEKAR ialah:
1) Tadarus Quran
2) Solat Sunat Tarawih
3) Kem Pemantapan Aqidah
4) Kursus Imam dan Bilal (dalam pertimbangan)
5) Majlis Khatam Quran
6) Iftar Kubra Jamaie
7) Bazaar Ramadhan
8) Kuiz Ramadhan
9) Dan Lain-lain

Sama-sama kita nantikan!

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE 52

Warga Masjid al-Bukhari SEMEKAR mengucapkan selamat menyambut hari kebangsaan ke 52. Jagalah keharmonian dan kemakmuran negara.

(Petikan dari AbuNuha Corner.com:)
1. Merdeka bukan sekadar mengibar bendera. Ramai perompak, perogol, perasuah dan penjenayah mengibar bendera. Itu bukan tanda mereka patriotik dan kasih negara ini.
2. Merdeka juga bukan sekadar perbarisan, perarakan dan percutian. Ramai juga yang sertai perarakan itu jenis tinggal sembahyang pun.
3. Merdeka juga bukan sekadar bertukar pemerintah berkulit putih kepada berkulit coklat.
4. Merdeka ialah apabila kita bebas daripada tunduk dan menyembah makhluk, menuju kepada menyembah dan taat perintah Allah SWT.

“Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan. Engkau lihat manusia masuk ke dalam agama Allah bertali arus. Maka, sucikanlah Allah dengan memuji Tuhanmu, serta beristighfarlah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat” (Surah an-Nasr)

Jumaat, Ogos 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan 1430 / 2009


Semoga Mendapat Puasa Yang Sempurna
Daripada: Warga Masjid al-Bukhari SEMEKAR

Sekitar Majlis Perasmian Program Ihya Ramadhan 1430 dan Pelancaran Tabung sumbangan Raya


Pelancaran Tabung Sumbangan Raya oleh En. Ismail Galibin



Guru-guru (termasuk En. Sylvestian) khusyuk mendengar ceramah


Sebahagian guru-guru perempuan yang hadir

Penceramah: Ustaz Mohd Nasir Razali (SMK Tambunan)

Isnin, Ogos 10, 2009

Ceramah Perdana Nisfu Syaban


Ustaz Muhammad Akmal Usman
Tekun mendengar ceramah

Sebahagian guru dan pelajar yang hadir

Pada 9 Ogos 2009, berlangsung satu siri ceramah perdana bersempena dengan peristiwa nisfu syaban dan juga isra miraj. Ceramah ini disampaikan oleh Ustaz Muhammad Akmal Uthman dari JHEAINS. Beliau juga merupakan moderator abunuha.wordpress.com. Ceramah ini berlangsung selama 2 jam. Terma kasih kepada pelajar-pelajar dan guru yang hadir.

Selasa, Ogos 04, 2009

Peperiksaan EXCEL 2

Bertempat di dewan al-Syafie, peperiksaan ini dijalankan untuk mengukur sejauhmana tahap pencapaian pelajar-pelajar yang juga calon PMR 2009. Semoga pelajar-pelajar dapat menghadapinya dengan penuh semangat. (Gambar menyusul kemudian)

Khamis, Julai 30, 2009

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Ranau

Akan berlangsung di SEMEKAR pada 1 Ogos ini, majlis ini akan dirasmikan oleh Dr. Hj. Muhiddin Yusin, Tim. Pengarah, Jab. Pelajaran Sabah. Antara objektif majlis ini ialah memberi penghargaan di atas segala jasa dan sumbangan guru dalam memartabatkan profesion keguruan di Malaysia khususnya peringkat daerah Ranau.

Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam (NKI) Daerah Ranau 2009

Buat julung kalinya, program ini telah dijalankan di SMK Agama Mohamad Ali Ranau. Dianjurkan oleh Sektor Pendidikan Islam melalui Pejabat Pelajaran Daerah Ranau, program ini mencungkil bakat kepimpinan pelajar di samping memperkasakan lagi kebolehan pelajar dalam mengendalikan sesuatu perkara berasaskan kehendak Islam. Program ini ini berlangsung selama 3 hari mulai 24 Julai lalu.

Sabtu, Julai 18, 2009

Ihtifal SMK Agama Mohamad Ali

SEMEKAR 18 Julai: Ihtifal ataupun Majlis Anugerah Cemerlang SMK Agama Mohamad Ali telah berlangsung dengan jayanya. Berlangsung di dewan al-Syafie, majlis ini telah dirasmikan oleh Ustaz Suffian Jasimani yang mewakili Tim. Pengarah Jab. Pelajaran Sabah. Dalam ucapan beliau telah menyatakan rasa kagum terhadap perubahan positif yang berlaku di sekolah ini lebih-lebih lagi apabila sekolah ini telah dipilih menjadi sekolah bestari.

Pelajar mithali telah dinobatkan masing-masing kepada Mustafa Kamil Husin Abd Kadir dan Sofia Atiqa Rehinin. Manakala tokoh ibu bapa mithali disandang encik Sotiman iaitu ayah kepada Nurniezan Sotiman pelajar tingkatan 4. Majlis kemudian dimeriahkan lagi dengan persembahan pelajar dan juga pesta ria sekolah. Tidak lupa juga majlis menandatangani buku rekod kemajuan pelajar.

Semoga majlis ini memberi lebih motivasi kepada pelajar-pelajar untuk lebih berjaya.

Rabu, Jun 24, 2009

Ihtifal SMKA Sandakan

Pada minggu lalu (20 jun) telah berlangsung pertandingan Ihtifal SMKA peringkat negeri Sabah. Dilangsungkan di SMKA Sandakan, pertandingan ini disertai oleh 8 buah SMKA seluruh negeri Sabah. Antara yang dipertandingkan ialah hafazan Quran, Qiraat Sab'ah, Hiwar, Kuiz Bahasa Arab, Kuiz al-Quran dan Kalimah Sobah. Seramai 12 peserta dari SMKA Mohamad Ali Ranau menyertai pertandingan ini antaranya Mohd Iman Jabilin (Qiraat), Mufidah Rujijaman (Kalimah Sobah) dan Asrol Izzat (hafazan). Namun begitu, rezeki tidak menyebelahi kita kerana hanya dua acara yang kita mendapat tempat:
Kuiz Quran : Ketiga
Hiwar : Ketiga
Semoga dalam pertandingan akan datang pasukan kita boleh memperbaiki kedudukan. Apapun, tahniah kepada tuan rumah di atas layanan mesra kepada semua kontijen.

Renungkanlah wahai remaja! -

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna. Dalam kelas kawan-kawan semua tak suka saya. Saya nak 'join', diorang kata saya menyibuk. Ada pula yang kata saya kuat emo. Sikit-sikit nak marah. Padahal sebenarnya saya nak tegur mereka buat bising masa belajar.Lepas tu saya cuba buat lawak, kononnya nak tarik perhatian orang lainla. Saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya, terutamanya budak-budak perempuan. Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti).Tapi saya tak kisah. Asalkan ada yang terhibur. Pernah sekali tu, saya dapat award kelas – ‘Penglipur Lara Hati Nan Duka’. Huhu~Tapi saya tetap merasakan kekosongan.
Memang lumrah manusia, seoarang lelaki akan tertarik kepada perempuan. Macam itulah yang saya rasa. Saya tengok kawan-kawan ramai yang dah 'couple'. Dalam dorm sms awek sampai pagi. Ada yang ‘call’ awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit. Walaupun nampak macam membazir, tapi rasa ‘jelous’ tetap hadir di hati.Saya mula berfikir, "Adakah aku perlu BERCINTA?" Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu, saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'. Dan masa itulah saya kenal awak. Saya rasa saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya.Mula-mula awak jual mahal. Taknak layan saya. Tapi saya tak kisah, mahal pun takpe, nak beli gak. Dan akhirnya, dipendekkan cerita, saya pun mulalah BERCINTA dengan awak.Masa bercinta, memang saya sangat-sangat bersemangat. Apa orang minang kata..'ALL OUT'lah. Hahaha.. Saya selalu call awak, awak pun selalu call saya. Malam-malam 'gayut'. Kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam. Tetapi segala PENGORBANAN yang dilakukan masa ber'couple' tu, tidak terasa pun kehilangannya.Masa bercinta memang indah. Semuanya indah. Sikit-sikit gurau-gurau. Sikit-sikit gelak-gelak. Kalau merajuk sama-sama pujuk-memujuk. Kalau 'birthday' kita sambut sama-sama. Untuk diri ini,terasa amat bahagia. Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai. Saya pernah terfikir, biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam, kata saya macam-macam, asalkan saya ada awak yang memahami saya.
Hampir setahun kita bercinta. Sekarang dah masuk tingkatan 5. Suatu hari saya dengar ceramah. Alhamdulillah, daripada ceramah itu saya sedar yang saya banyak buat dosa dan saya kena berubah. Hidup saya mesti selari dengan Islam. Saya kena jadi orang baik. Sebab memang itu fitrah manusia, menginginkan kebaikan. Semua orang nak masuk syurga kan? Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid. Rapatkan diri dengan Al-Quran. Selalu solat jemaah awal waktu. Selalu dengar tazkirah.Lepas itu saya beli terjemahan Al-Quran, sebab nak tadabbur Al-Quran. Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak. Saya taknak jadi baik seorang diri, jadi saya ajak awak sekali. Saya ajak awak baca Al-Quran. Saya kejut awak bangun subuh (calling). Saya ajak awak saling beri tazkirah.Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya. Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak berhenti couple. Saya kata, kita bukan buat benda yang salah pun. Bercinta kerana Allah. Kita couple tak macam orang lain. Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je. Ada yang siap buat maksiat lagi. Pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi. Tapi kita couple baik-baik. Jaga batas-batas syara'. Tak guna ayat jiwang-jiwang. Janji tak nak jumpa, takut berlaku maksiat. Cuma sms dan call je.Dan awak terima perubahan saya itu. Saya pun banyak nasihatkan awak. Awak pun terima. Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu, tapi saya faham, perubahan memerlukan masa. Dan akhirnya saya rasa, hubungan kita semakin diredahai. Saya selalu berdoa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan.Dalam proses perubahan saya, saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib. Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran. Kalau kita tidak berdakwah, kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak. Sesuai dengan firman-Nya dalam surah Al-A'raf, surah ke 7,ayat ke 164:
Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".
Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik. Tegur mereka apa sahaja yang silap. Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah atau dosa. Saya mesti nak tegur. Selemah-lemah iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman, apa lagi, tegur la depan-depan. Awak pula selalu nasihatkan saya, jaga perasaan orang lain, berdakwah kena berhikmah, tak boleh kasar-kasar, nanti orang benci. Nasihat awak tu sangat berguna buat saya.Lepas tu, satu masa. Saya terbaca artikel tentang couple. ‘COUPLE HARAM’ tajuknya. Saya tak percaya. Tapi bila baca detail-detail yang diberi, macam betul pula. Ingat nak bincang dengan awak, tapi berat pula rasanya. Saya fikir kembali. Kita tak buat maksiat. Kita tak jalan-jalan pegang tangan. Tak jiwang-jiwang sangat. Cuma saling ambil berat, tanya khabar, borak-borak, siap ada bagi tazkirah lagi. Apa yang haramnya dengan benda ni? Biasalah, kalau kita suka satu benda tu, kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita. Saya pun buat tak tahu pasal benda tu dan teruskan saja hubungan kita.Masa terus berlalu. Sedar tak sedar peperiksaan percubaan SPM dah dekat. Tiga minggu je lagi. Dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan-kawan. Buat 'study group'. Pada masa yang sama, bagi tazkirah. Ada yang terima. Ada juga yang buat tak tahu. Kadang-kadang bila tegur, saya kena marah pula. Macam-macamlah alasannya. Ada kata saya tegur tak berhikmah, ada yang kata saya menunjuk-nunjuk. Tapi saya tak kisah, saya ada tempat nak mengadu, huhu.Suatu ketika, ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri, saya terjumpa ayat ini:
Mengapa kamu suruh orang lain(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri(kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir? (Al-Baqarah, ayat 44)
Saya pun berfikir, "Selama ini aku asyik tegur orang je. Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan, Cepat marah, suka buang masa, ada lagi dosa-dosa yang masih dilakukan. Macam mana ya?" Lepas tu terjumpa pula ayat ini :
Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlahkamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui. (Al-Baqarah ayat 42)
Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan. "Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau dengan kami..tegur orang konon.." Berfikir sejenak. Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak? Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh? Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah tahu saya selalu berhubung dengan perempuan? Dan terkadang saya rasa serba salah?Macam-macam yang saya fikir. Dipendekkan cerita lagi sekali, saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dakwah. Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap. Dalam perjalanan ke seminar tu, saya masih sms lagi dengan awak dalam bas. Sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu dan lain. Dalam fikiran saya, "Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."
Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf, pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri. Lagipun kami semua penat. Pihak penganjur pun faham. Takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam. Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ. Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple. Tapi saya teragak-agak. "Kalaulah betul couple tu salah, habis tu, nak buat macam mana? Aku kena 'clash' ke? Alah, buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan?"Lalu saya menghampiri fasilitator tu. Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri."Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit, boleh?""Em,boleh..duduklah. Anta nak tanya apa?""Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang kawan ni, perempuan la. Tapi bukanlah setakat kawan biasa. Rapat jugalah. Bukan rapat biasa-biasa, tapi rapatlah.."“Bercinta ke?”Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula abang tu kata. Mesti dia marah punye. Tapi bagi dalih apa lagi. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya:"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"Dengan suara yang lembut abang tu jawab:"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."Saya tak mahu mengalah."Memang betul niat anta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."Sambil abang tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam. (Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)
"Akhi, kalau anta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada anta ialah, syaitan telah buat anta pandang indah benda buruk yang anta lakukan. Walaupun anta berpandangan tajam, maksudnya anta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat anta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat anta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa anta sms dengan dia, anta ingat Allah aje. Mesti ada masanya nata hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"Betul juga katanya. Lepas tu saya kata,"Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?""Em, betul, anta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Anta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. Kalau anta janji taknak call dia pula, anta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi, masih ada zina yang tetap anta tak dapat elak apabila bercouple.."" Zina hati?” Saya menduga."Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah s.a.w. jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Anta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah s.a.w. bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnya, macam mana pun anta buat, anta tetap tak dapat lari daripada zina hati."Saya terdiam. Kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang abang tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung."Ana dulu pun couple juga. Lagi lama daripada anta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak grad. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana terus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada anta.""Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sangat."Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan abang tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Abang tu jawab,"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang anta. Anta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."Saya terdiam lagi."Pasal dia pula, cuba anta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan anta secara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, dia takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau dia buat sekalipun, itu bukan tanggungjawab anta, apa yang anta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan menanggung balasan atas perbuatannya sendiri."Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sedar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram."Jadi apa saya nak buat bang?""Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu.""Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ada juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?""Dengan dia ni lain. Anta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan anta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat 'group discussion', masa tu anta hanya layan dia hanya sebagai 'group discussion partner'."Tiba-tiba saya terfikir,"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?""Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tinggalkan benda ni?"Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab,"Ata kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Anta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, anta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni? Abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tinggalkan."Alamak, tak boleh lari lagilah nampaknya. Saya rasa macam abang ni paksa saya clash masa tu juga."Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup.""Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan.""Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri."Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat, jadi rasanya, inilah masanya."Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..
"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tinggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].Lepas tu tertera di skrin..SENDING..MESSAGE SENTMasa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak.."Terima kasih bang..""Takpe, dah tanggungjawab.."Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata. Tak sangka. Memang tak disangka. Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sebenarnya. Tiba-tiba saya teringat ayat Allah, Surah Al-Baqarah, ayat 216,
“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”.

Masa terus berlalu. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupakan awak, bukan senang, tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang. Saya bagi ta'lim di masjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil. Macam-macam yang berlaku. Ada kritikan, ada juga yang setuju. Cuma kali ini saya tak dapat nak mengadu pada awak, tapi saya jumpa tempat mengadu yang lebih baik, pada Dia, Allah yang Maha Mendengar.Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak. Awak bagi gambar bunga. Bawah tu ada ayat,"Seindah gubahan pertama.."Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir, "Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir.
"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..
Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya tak nak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan. Lagi satu,
Jangan cari cinta manusia, ia penuh dengan penipuan, kekecewaan, dan tak kekal.. Tapi carilah cinta Allah.. tiada penipuan, tidakkan pernah mengecewakan itulah cinta abadi.. Cinta yang diredahai.. -Yang Terakhir- "

Saya dah buat keputusan. Saya pasti apa yang saya buat ni betul. Saya yakin, saya tinggalkan semua ini demi mendapatkan redha Allah. Allah akan gantikan dengan sesuatu yang terbaik untuk saya. Dan saya takkan sekali-kali berpatah balik.TAKKAN BUAT SELAMA-LAMANYA...

Khamis, Jun 11, 2009

Selamat berjuang!!


Bergambar kenang-kenangan sebelum bertolak ke LTAKK
Untuk makluman kepada warga sekolah dan umum, sekolah kita akan menyertai pertandingan debat bahasa arab peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bermula 12 - 15 Jun 2009. Sekolah kita akan diwakili oleh Muhammad Iman Jabilin (5B), Syahrizam Tahir (5B), Siti Norhazirah Latuwoh (6A) dan Safarina (6A). Dibimbing oleh Ustazah Siti Ilham Muhammad yang juga bekas peserta debat bahasa arab ketika menuntut di peringkat ijazah dahulu. Manakala pengurusnya ialah Ustaz Wan Mazri Wan Mamat.
Walaupun ini merupakan kali pertama sekolah menghantar wakil ke pertandingan tersebut, diharapkan akan ada satu hasil yang baik dan yang paling penting, pengalaman yang tidak ternilai yang diperoleh oleh peserta-peserta. Semoga dengan perkembangan tersebut, akan memberi satu anjakan paradigma kepada seluruh warga sekolah.

Jumaat, Jun 05, 2009

Mulakan era baru di sem 2

Tak lama lagi semester 2 akan menjelma. Apakah semua pelajar dan warga SEMEKAR sudah siap sedia menghadapinya?. Bagi pelajar-pelajar, semester 2 ini merupakan saat-saat yang penting bagi menguji kemampuan dalam pelajaran melalui beberapa siri peperiksaan yang bakal berlangsung.
Warga Masjid Bukhari SEMEKAR seperti biasa akan sentiasa memastikan dan meningkatkan tahap pengamalan kerohanian pelajar-pelajar berada dalam keadaan yang terbaik. Beberapa kelemahan yang terjadi pada semester lalu dan sebelumnya wajarlah dijadikan iktibar dan teladan. Akhir sekali, kita semua hendakkan pelajar-pelajar memahami peraturan, bukannya mematuhi peraturan secara membabi buta. Pelajar-pelajar kena faham kenapa perlu bangun pagi seawal 4 pagi, kenapa perlu solat berjamaah di masjid setiap waktu, memakai pakaian yang sesuai mengikut program tertentu seperti ketika makan dan menjalani prep.
Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa ingat bahawa kemudahan asrama hanya diberikan kepada mereka yang hendak belajar dan memajukan diri. Sekiranya tidak bersedia untuk mengikuti segala program dan peraturan yang disediakan, maka tepuk dada tanyalah selera. Kerajaan kita telah menghabiskan jutaan ringgit bertujuan untuk memajukan pelajar-pelajar agar tidak ketinggalan dengan pelajar-pelajar arus perdana. Lihat contoh ini:
Subsidi seorang pelajar per tahun =
makanan : RM9.60 x 30 hari x 10 bulan = RM 2880.00
buku teks: purata 1 buku RM 10.00 x 10 buku (PMR) = RM100.00
bantuan pakaian seragam : RM 80.00
biasiswa : RM 700.00 (BKP)
Jumlah keseluruhan: RM 3760.00 setahun!

Jumlah bantuan ini hampir menyamai kos pengajian Ijazah Sarjana Muda 2 semester.
Haruslah diingat bahawa setiap pelajar mempunyai amanah dan misi untuk dipikul. Harapan masyarakat agar pelajar SEMEKAR dapat menunjukkan kemampuan dalam mencapai kemajuan dan tidak melakukan kesalahan-kesalahan disiplin yang akan merencatkan prestasi akademik. Segala bantuan tersebut datangnya dari kerajaan. Kerajaan mendapat dana melalui cukai. Dan sebahagian cukai itu datangnya daripada ibubapa pelajar-pelajar yang sebahagian pelajar mungkin tidak memahaminya.

Pihak sekolah berkali-kali menegaskan bahawa telefon bimbit merupakan bahan larangan. Akan tetapi pihak sekolah telah melonggarkan sedikit peraturan dengan membenarkan penggunaan telefon bimbit dengan syarat hendaklah didaftar dna disimpan kepada warden. Namun begitu, ramai pelajar tidak mengambil peluang dengan kelonggaran ini dan terus menggunakannya seolah-olah tidak rasa bersalah. Di manakah rasa tanggungjawab dan amanah yang dipikul ini? Takkanlah di depan Allah hendak dijawab kemudahan telefon awam di sekolah yang tidak sempurna? Semua peraturan merupakan amanah dan setiap amanah akan dipersoalkan semula di akhirat.

Pihak ibu bapa juga hendaklah memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pihak sekolah. Sebahagian ibu bapa kurang memberi kerjasama dan lebih memihak kepada anak dalam satu-satu kejadian. Bahkan, terdapat ibu bapa yang menyerang pihak sekolah serta membuat tuduhan yang bermacam-macam. Hal ini akan menjadikan anak lebih berperasaan hebat dan naik lemak. Menurut pengalaman penulis, guru-guru akan kurang memberi perhatian kepada anak tersebut disebabkan perangainya yang membuatkan guru-guru rasa kurang senang, akhirnya pengajaran pun berlaku ala kadar sahaja, berbeza dengan pelajar yang sentiasa menjaga disiplin, guru-guru akan memberikan perhatian yang sepenuhnya.

Ada satu kisah, penulis melakukan pemeriksaan rutin ketika prep malam. Singgah di satu kelas, terdapat seorang cikgu (cikgu ini sebenarnya amat berdedikasi) sedang melakukan aktiviti tutorial kepada pelajarnya seramai... 5 orang! Penulis pun rasa hairan lantas bertanyakan kepada cikgunya kenapa hanya sebegini ramainya pelajar yang diajar. Cikgu itu menjawab bahawa sebahagian pelajar tidak minat mengikuti kelas tambahan. Peristiwa ini berlaku pada tahun lalu dan masih segar sehingga sekarang.
Kelas tambahan di sekolah ini diberikan PERCUMA. Jika sekolah bandar, ianya berbayar. Atas keprihatinan cikgu tersebut, dengan rela hati mengorbankan waktu REHATnya demi kemajuan anak-muridnya. Malangnya bila penulis mencari pelajar yang tidak menghadiri kelas cikgu tersebut, pelajar tersebut sedang BEREHAT-REHAT di suatu tempat. Dan alasanya, terlupa. Yalah, setiap hari lupa saja.

Satu lagi perkara yang perlu diambil perhatian ialah budaya couple. Penulis anggap budaya ini telah mencapai tahap kritikal. Kemuncaknya, beberapa kali pelajar kita ditangkap khalwat. Penulis rasa sedih sebab sebelum penulis berada di sekolah ini, penulis menghadapi masalah pemulihan akidah di sekolah penulis sebelum ini yang merupakan sekolah SMK harian. Akan tetapi di sekolah agama ini penulis menghadapi pula masalah pemulihan akhlak.

Justeru itu, pelajar-pelajar sekalian, berubahlah ke arah yang lebih positif agar menjadi pelajar yang dihormati dan disanjung masyarakat. BERUBAHLAH DI SEMESTER 2!

Isnin, Jun 01, 2009

Tahniah Lagi!

Pertandingan Kawad kaki badan unit beruniform SMK Agama Mohamad Ali telah berlangsung pada 28 Mei yang lalu. Hasilnya, pasukan KRS telah berjaya menjuarai pertandingan ini. Nampaknya tidaklah sia-sia berlatih sehingga larut malam. Bagi yang tidak berjaya, cuba lagi di masa akan datang. Bagi pihak Ko-Kurikulum, jutaan tahniah dan syabas kerana berjaya menganjurkan pertandingan ini.

Alfun Mabruk


Khususnya kepada peserta kita yang mewakili kem kepimpinan pelajar peringkat negeri yang berlangsung di Keningau pada 28 Mei yang lalu. Faizurah Wasli (gambar) telah berjaya menggondol johan bagi kategori pelajar perempuan menengah atas dan dengan pencapaian ini, beliau akan meneruskan perjuangannya ke peringkat kebangsaan yang dijadualkan berlangsung di Perlis nanti. (rasanya dalam awal Jun). Semoga dengan pencapaian ini akan memberi semangat dan motivasi kepada pelajar-pelajar lain.

Perkembangan ASAT Bahagian Barat 09


Bergembira ketika mengisi masa rehat sebelum persembahan penutup


Sebahagian peserta ASAT daerah Ranau a.k.a SMU

Mencari ketenangan sebelum pertandingan
Kota Kinabalu: 29 Mei, Syukur al-hamdulillah diperkenankan Allah s.w.t. dan hasil usaha peserta-peserta ASAT kita, sekolah kita telah mencapai kejayaan dalam kebanyakkan acara. Hasilnya, kita telah mendapat johan dalam acara Nasyid, Pidato Bahasa Inggeris dan Kem Kepimpinan Pelajar. Pasukan bola sepak hanya sekadar di tempat kedua apabila tewas tipis kepada pasukan Tuaran.



Pidato bahasa Inggeris yang diwakili oleh al-Hithir Francis tidak menunjukkan sebarang masalah untuk menjuarai kategori ini. Namun begitu bagi acara nasyid, pelbagai halangan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi mereka ketika melakukan persembahan seperti masalah penggiliran yang diawalkan (dari peserta ke-12 kepada peserta 1), masalah teknikal seperti beberapa microfon yang gagal berfungsi. Namun begitu pasukan nasyid tetap memberikan persembahan yang terbaik dan menurut juri, keyakinan mereka adalah antara punca kemenangan.



Syabas kepada keseluruhan kontijen dan juga kepada pihak sekolah yang memberikan komitmen dan sokongan yang tinggi kepada semua peserta ASAT. Pemenang di peringkat bahagian akan bertanding pula di peringkat negeri yang akan dilangsungkan di daerah Keningau pada mulai 3 Jun ini. Justeru itu, marilah semua warga SEMEKAR yang berkelapangan supaya dapat memberi sokongan kepada mereka.



Isnin, Mei 25, 2009

Minggu-minggu terakhir sem 1


Suasana yang tenteram menjelang akhir sesi persekolahan


Walaupun nampak tenang, sebenarnya warga sekolah sibuk dalam persiapan kerja harian

Guru-guru ini sedang bertungkus lumus dalam proses pembestarian sekolah
SEMEKAR, 26 Mei, Menjelang akhir sesi persekolahan, banyak program yang akan dijalankan. Antara program tersebut ialah pentandingan ASAT peringkat bahagian, lawatan AJK pembestarian dan juga pertandingan kawat kaki unit beruniform. Pelajar-pelajar pun nampaknya tidak sabar-sabar lagi hendak balik ke kampung. Guru-guru juga dalam proses akhir memasukkan markah ke dalam pc Cikgu Ismail. Setakat ini, perjalanan sekolah nampak sibuk sedikit.

Rabu, Mei 20, 2009

Majlis Penutupan Tahbib Lughah Arabiah PMR 09


En. Ismail Galibin memberi kata-kata semangat kepada peserta


Antara orang kuat program tahbib lughah


Peserta puteri tekun mengikuti program


Wajah generasi lughawi masa depan
SEMEKAR: 20 Mei: Satu majlis penutupan tahbib lughah telah diadakan di ruang solat utama masjid bukhari semekar. Sebelum itu, pelbagai pertandingan telah dijalankan di sekitar sekolah bersempena dengan program tahbib lughah arabiah ini. Antara pertandingan yang dijalankan ialah kuiz, imla', mencari harta karun dan nasyid. Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Jumaat, Mei 15, 2009

Kuliah Subuh

Kuliah ini dijalankan pada setiap pagi sabtu dan ahad selepas selesainya solat fardhu subuh berjamaah. Pada hari sabtu kuliah dikendalikan oleh ust. Rezany manakala pada hari ahad dikendalikan oleh ust. Warimin.

Untuk sabtu 16 Mei, penceramah mengutarakan kelebihan melakukan solat subuh secara berjamaah dan disusuli dengan budaya couple yang menjadi kegilaan anak-anak muda masa kini. Nampaknya sambutan mengenai kes couple mendapat respon yang agak baik. Alhamdulillah pelajar-pelajar semakin mempunyai kesedaran untuk menunaikan solat subuh berjemaah di masjid. Imam Salahuddin al-Ayubi pernah berkata bahawa rahsia besar umat Islam dalam mencapai kejayaannya terletak pada kualiti kehidupannya bermula dari solat subuh lagi. Diriwayatkan bahawa sewaktu umat Islam mencapai kemenangan ketika menentang tentera rom di bait maqdis ialah konsistennya solat subuh berjemaah dan meriahnya sama seperti solat jumaat.

Sabtu 17 Mei, al-Fadhil ust. Warimin menyampaikan kuliah mengenai kesalahan-kesalahan yang berlaku dalam solat. Kebiasaannya bila ust. Warimin yang memberi kuliah, memang gempak gempita masjid dibuatnya dengan jenaka-jenakanya. Apapun semoga kuliah ini akan terus mendapat sambutan bukan sahaja daripada pelajar-pelajar bahkan daripada guru-guru dan warga sekitar.

kelebihan solat sunat dhuha

Murahkan rezeki, menolak kepapaan
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-
Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya : “Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha .”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata :“Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata : “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud:“Adalah Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya.”(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda bermaksud :” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” ( Riwayat At-Thabarani )

SELAMAT HARI CIKGU


Warga masjidbukharisemekar.blog merafakkan jutaan penghargaan dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh pihak guru dan berdoa agar semua guru dicucuri rahmat oleh-Nya. TERIMA KASIH CIKGU! (Khas untuk guru-guru semekar, jiran: Irsyadiah, SMKA's dan semua insan yang bergelar guru)

Program kerohanian hari Jumaat







Ini adalah sebahagian daripada program tadarus solat jumaat. Program ini dijalankan kira-kira 20 minit sebelum bermulanya solat Jumaat. Menurut pelajar yang bernama Zulhadi (6 Atas), program ini baru pertama kali dijalankan selama dia bersekolah 7 tahun di sini. Beliau menambah lagi, program sebegini adalah baik dan patut diteruskan berbanding sebelum ini pelajar tidak ada sebarang program melainkan tidur, lepak dan melakukan aktiviti yang kurang faedahnya sebelum azan jumaat berkumandang. Warga masjidbukharisemekar.blog ini nak juga berkongsi dengan bekas-bekas pelajar semekar mengenai program yang dilakukan pada waktu dulu-dulu. Mungkin saudara jundi004 ada ceritanya.
Khutbah hari ini disampaikan oleh al-Fadhil Ust. Mohd Zaid Ali. Khutbah tersebut berkisarkan tentang kewajipan mentaati ibu bapa. Sejurus tamatnya khutbah, solat berjamaah dilaksanakan yang diimami oleh ust. zaid Ali sendiri. Antara guru yang hadir termasuklah CEO sekolah, guru-guru flat dan juga warden asrama.