Rabu, Jun 20, 2012

Nadwah Kepemimpinan Pelajar Islam 2012

Lohan 17 Jun: Bertempat di Lohan Rest House, program Nadwah Kepemimpinan Pelajar Islam (NKI) peringat SMK Agama Mohamad Ali berlangsung selama 3 hari 2 malam. Dalam program tersebut, pelbagai pengisian dan slot diatur bagi mencapai objektif program iaitu melahirkan pelajar Islam yang terdidik dengan sifat kepimpinan Islam. Program dimulai dengan ceramah yang disampaikan oleh al-Fadhil ustaz Mohd Zamree Kautis Abdullah dari Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Sabah. Beliau membawa ceramah yang bertajuk "Peranan pelajar SMKA dalam mendepani cabaran dakwah masa kini." Slot berikutnya di pimpin oleh fasilitator dari Persatuan Siswazah Sabah (PSS) bersama moderatornya En. Annuar Ali dari Sek. Ren. Tahfiz Bandar Sierra, Menggatal. Respon daripada peserta, rata-rata amat berpuas hati dengan pengisian program dan berazam agar menjadi pelajar yang lebih berkepimpinan berbanding sebelumnya. Program ini diakhiri dengan majlis penutupan yang disempurnakan oleh En. Rusining Rusidi, Pegawai PPD Ranau. Insya Allah, program ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

Isnin, Mei 07, 2012

exam fever

selamat menempuh musim peperiksaan semester 1 kepada semua warga SEMEKAR.semoga beroleh kejayaan dan jangan lupa buat solat hajat setiap hari