Khamis, Julai 06, 2017

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Pihak Masjid Azhar SEMAKEN mengucapkan Minal Eid Wal Faezin Kullu Am Wa Antum bikhair


MAJLIS IHKTITAM IHYA RAMADHAN DAN PERUTUSAN KHAS AIDILFITRI

Kemuncak program ihya ramadhan 1438 / 2017 ini ialah program Ikhtitam Ihya Ramadhan dan Perutusan Khas Aidilfitri oleh tuan Mudir. Majlis ini diadakan pada 22 Jun, sebelum kepulangan balik beraya tahun 2017. Majlis dimulakan dengan bacaan Quran oleh Nur Ain Edin, pelajar tingkatan 4. Disusuli dengan  perutusan khas Aidilfitri oleh tuan Mudir. Beliau menyeru kepada semua warga agar menyambut aidilfitri dengan bersederhana dan kembali kepada fitrah. Disamping itu juga beliau meminta semua warga agar menghayati nasib saudara-saudara seagama yang meraikan aidilfitri dalam keadaan kepayahan seperti di Palestin, Syria, Iraq, Myanmar dan lanlan lagi.

Selesai sahaja perutua tersebut, persembahan video klip dakwah dan majlis penyampaian hadiah kepada peserta yang berjaya dalam pertandingan ihya ramadhan. Pelajar juga telah menerima sumbangan duit raya oleh pengusaha dewan makan. Majlis diakhiri dengan majlis Salam Jamaie antara sesama warga.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

MAJLIS KHATAM QURAN DAN IFTOR KUBRO 2017

Pada 21 Jun yang lalu, majlis Khatam Quran dan Iftor Kubro peringkat SEMAKEN sempurna dilaksanakan. Tradisi tahunan ini digerakkan oleh guru-guru, pelajar dan PIBG bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan meraikan golongan yang susah dengan adanya pemberian sumbangan. Program ini juga sebagai simbolik penamat kepada program tadarus Quran yang telah dijalankan sepanjang bulan Ramadhan. Majlis dimulakan dengan sesi Khatam Quran oleh pelajar-pelajar tahun akhir SEMAKEN iaitu tingkatan 5 disusuli dengan tazkirah Ramadhan dan majlis berbuka puasa, dan diakhiri dengan moreh perdana selepas solat sunat taraweh. Majlis ini juga diserikan lagi dengan kehadiran wakil dari SPI iaitu ustaz Sabudin Dulah, KU Dakwah SPI.

pra iftor: sibuk menyediakan juadah istimewa iaitu bubur chacha

antara guru-guru yang berhempas pulas 

walau di panas terik, masih senyum dan ceria

tetamu kehormat majlis: tuan Mudir, KU Dakwah Ust. Sabudin dan YDP PIBG 


suasana majlis Khatam Quran oleh pelajar tingkatan 5



ZIARAH RAMADHAN 2017 DI KAMPUNG TONOP TAMBUNAN

Meneruskan tradisi ramadhan bagi SEMAKEN, tahun ini tepatnya 16 Jun, rombongan SEMAKEN berziarah ramadhan ke Kampung Tonop Tambunan, kira-kira 70 km dari Keningau. Antara cabaran yang terpaksa dilalui ialah lokasi yang agak mencabar, selain tersesat ketika mencari lokasi ini.

Seperti tahun sudah, objektif ziarah ini ialah menjalin hubungan silaturrahim sesama umat Islam. Selain itu, diagihkan juga sumbangan kepada fakir miskin, berbuka puasa dan solat taraweh bersama penduduk kampung. Majlis diakhiri dengan sesi moreh dan bertolak balik ke Keningau pada jam 9.30 malam. Semoga bertemu lagi program ziarah ini pada tahun berikutnya.

sebahagian daripada ahli rombongan memulakan perjalanan (kereta URMT bersama Zulkifli, Ammar, Fatan dan Kazaruddin)

Masjid yang indah menjadi lokasi ziarah Ramadhan. Indah di perbukitan

Sebahagian ahli rombongan

Tim yang telah tiba lebih awal

Persediaan majlis berbuka puasa. Turut bersama ialah YDP PIBG SEMAKEN

Solat sunat Taraweh

Ucapan oleh tuan Mudir sebelum majlis penyerahan sumbangan

Selesai majlis sumbangan

Kenangan terindah sebahagian ahli rombongan

KEM IHYA RAMADHAN 2017

Berlangsung pada 14 - 16 Jun di Pusat Kokurikulum Negeri Malangang Kiulu, program tersebut disertai oleh 20 orang pelajar tingkatan 4. Antara pengisian program ialah Tadarus dan Khatam Quran, pertandingan azan, hafazan dan nasyid. Antara pencapaian dalam pertandingan tersebut ialah naib johan Hafazan oleh Nor Farhanah Hasanuddin. Manakala pasukan nasyid putra menggondol tempat ketiga.

Nor Farhanah juga telah diumumkan sebagai peserta terbaik program kategori puteri. Banyak pengalaman yang telah dilalui oleh semua peserta. Sepanjang program ini, mereka diiringi oleh Encik Akmal Azman dan Ustazah Nor Amalia Musa. Syabas dan tahniah kepada semua peserta.

berposing sebelum memulakan perjalanan

 bersama guru pengiring

proses pasang khemah

pasukan nasyid (tempat ketiga keseluruhan)

ceria sebelum persediaan mengikuti flying fox

naib johan hafazan dan juga peserta terbaik keseluruhan bagi kategori puteri