Jumaat, November 13, 2015

SUKAN MSS SMKA KENINGAU 2015

Sukan sekolah datang lagi. Dilaksanakan pada 11 dan 12 November yang lalu, ia seumpama pesta mingguan yang meredakan tekanan belajar dan juga kerja, semua pihak seolah-olah meraikan sukan ini dengan penuh kesukaan dan semangat kesukanan. Tahniah kepada semua pihak terutama rumah Saidina Ali (Hijau) yang menjuarai lagi edisi kali ini. Majulah sukan untuk Ummah.
 Suasana pada majlis penutupan

 Johan Perbarisan

 Olahragawan terbaik

Sekadar hiasan MSS 2014

AMALI PENGURUSAN JENAZAH

Sebagai mengisi sebahagian daripada program pasca PT3, satu kursus amali pengurusan jenazah dijalankan pada 3 November lalu. Walaupun dikhususkan kepada pelajar tingkatan 3, namun begitu pelajar dari tingkatan lain juga turut memeriahkan kursus tersebut. Tahniah kepada penganjur iaitu Bidang Pengajian Islam kerana telah melaksanakan program ini dengan jayanya.


 

PT3

Semoga calon-calon PT3 ambilan pertama 2015 mendapat hasil yang cemerlang dan membahagiakan ibu bapa.


PROJEK PENGLESTARIAN MASJID

Asalnya hanyalah parit yang mengalir lesu melalui depan Masjid al-Azhar. Dipenuhi dengan semak samun ditepinya. Menyemakkan mata memandang serta mencacatkan pemandangan masjid yang menjadi ikon SEMAKEN. Bagi mengubah keadaan tersebut, projek penglestarian dilakukan bagi mewujudkan suasana yang indah dan damai disamping menyemarakkan lagi potensi alam sekitar sebagai tempat yang baik untuk hidupan seperti ikan, burung bangau dan sebagainya.

Dengan mengubah sedikit rekabentuk tadahan dan projek empangan dilakukan, mengambil masa seminggu bagi merealisasikan hasrat tersebut. Pada awalnya, kolam takungan tersebut menimbulkan masalah berbau disebabkan proses mereputkan lalang dan semak samun yang ditenggelami air. Namun begitu, sesudah beberapa minggu kemudian, keadaan bertukar menjadi nyaman dan segar sehingga menggamit perasaan yang mendamaikan.

Beberapa jenis ikan dilepaskan seperti ikan Jalak dan Sepat bagi menghuni kolam tersebut. Hasilnya, beberapa lagi spesis yang berani menyinggah di kawasan kolam tersebut seperti burung bangau menambah lagi keserian sekitarnya. Perancangan akan datang seperti sukan air dan riadah akan dilaksanakan Insya Allah. Semoga projek tersebut memberi hasil yang baik kepada semua pihak terutama sekali warga SEMAKEN.