Ahad, Jun 19, 2011

SUMBANGAN BEKAS PELAJAR




SEMEKAR, 19 Jun: Satu majlis tazkirah khas telah disampaikan oleh bekas pelajar sekolah ini iaitu Khairul Anwar Aharin dan Zulhadi Saiman yang sedang menuntut di UKM. Dalam tazkirah tersebut, kedua-dua bekas pelajar menyeru kepada semua pelajar agar tidak lupa kepada Allah dan sentiasa menjaga hubungan yang baik dengan ibu bapa, guru dan masyarakat sekitar bagi memastikan kejayaan yang gemilang. Pihak sekolah khususnya warga masjid amat mengalu-alukan sumbangan bekas pelajar bagi membantu sekolah mencapai visi dan misi sekolah ke arah kecemerlangan 2014 kelak. Tidak lupa juga kepada Nazirul Mubin yang sedang menuntut di IPG Seberang Perai yang telah mengendalikan slot BADAR pada 13 Jun yang lalu. Jazakumullah khairan kathiran.

SOLAT SUNAT KHUSUF (GERHANA BULAN)





SEMEKAR, 16 Jun: Satu majlis Qiyamullail dan solat sunat gerhana bulan telah dijalankan di masjid al-Bukhari dihadiri oleh pelajar-pelajar dan sebilangan guru-guru. Majlis bermula 3 pagi dimulai dengan solat sunat gerhana yang dipimpin oleh Us. Rezany seterusnya memberikan khutbah khas. Setelah itu, majlis dipimpin pula oleh Us. Jazlan bagi majlis Qiyamullail sebelum pelajar-pelajar bersahur untuk puasa sunat Khamis. Dalam makluman yang diberikan, gerhana bulan penuh akan berlaku lagi dalam tempoh 11 tahun akan datang. Sudah semestinya majlis ini menjadi pengalaman yang berharga bagi pelajar-pelajar.