Khamis, April 30, 2009

CUTI LAGI

Datang lagi musim cuti. Kali ini cutinya agak panjang iaitu selama 3 hari setengah mulai 30 April sehingga 3 Mac. Ini membolehkan pelajar-pelajar balik kampung halaman dan guru-guru melepaskan lelah setelah melepasi minggu yang stress. Pesanan kepada semua pelajar agar jangan membiarkan diri dibelenggu sifat malas dan 'cuti' segalanya. Pelajar harus ingat bahawa peperiksaan semester 1 akan bermula pada 11 Mei ini. Segala persiapan seharusnya telah pun bermula. Selamat bercuti bersama keluarga dan jangan melakukan perkara yang tidak berfaedah.

Selasa, April 28, 2009

Sekitar Pertandingan ASAT 2


Naib Johan pun ok la...


Terus bergambar setelah selesai sahaja tamat perlawanan 3/4


Orang kuat acara Bahas. Tq Pn Nurul & Atie


Wajah pembahas terbaik (kiri sekali)


Sebahagian gaya bakal juara acara nasyid

Setakat ini kontijen SEMEKAR telah berjaya menggondol 3 emas, 1 perak dan 1 gangsa. Ini meletakkan SEMEKAR menjuarai secara keseluruhan pertandingan ASAT peringkat daerah Ranau secara tidak rasminya. Esok merupakan acara penutupan ASAT dan tidak sabar lagi rasanya nama SEMEKAR diumumkan secara rasmi sebagai JUARA KESELURUHAN ASAT DAERAH RANAU 2009. Apapun syabas dan tahniah kepada semua pihak. Berikut beberapa keputusan acara yang dipertandingkan:
Bola Sepak : Naib Johan
Bola Jaring : Ke-3
Bahas Ala Parlimen : Johan
Public Speaking : Johan
Catur : Penyertaan
Nasyid : Johan
Kem Kepimpinan : ?

Isnin, April 27, 2009

Sekitar Pertandingan Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT) 2009


Peserta bahas kita (berbaju kot hitam) sedang tekun mendengar hujah pihak lawan


Peserta catur kita (Norjariah Buhaili) bertemu dengan lawannya


Sungguh khusyuk wakil catur kita (Sallehuddin Maisin) sehingga tercapai kemenangannya


Bergambar kenangan sebelum bertolak ke venue


Pasukan Bola Sepak yang amat bersemangat

Bertempat di dua venue iaitu SMK Ranau dan SMK Lohan, pertandingan bagi peringkat daerah Ranau ini dijalankan pada 27 - 29 April. Pelbagai acara dijalankan iaitu bahas ala parlimen, nasyid, catur, bola sepak, bola jaring dan public speaking. Semoga berjaya kepada yang bertanding.