Ahad, Ogos 30, 2009

Aktiviti Ihya Ramadhan 1430 (Bahagian 1)

Musim Ramadhan datang lagi dan seperti tahun-tahun sebelumnya, bermacam aktiviti disediakan untuk warga SEMEKAR di bawah pelbagai anjuran. Antaranya ialah Ihya Ramadhan atau Menghidupkan bulan Ramadhan. Bermula seminggu sebelum bermula Ramadhan, aktiviti yang telah dilaksanakan ialah ceramah ambang Ramadhan serta pelancaran Ihya Ramadhan dan tabung sumbangan raya. Oleh kerana minggu pertama Ramadhan adalah cuti sekolah, maka segala aktiviti akan disambung selepas buka sekolah pada 31 Ogos ini. Antara aktiviti yang menarik menunggu warga SEMEKAR ialah:
1) Tadarus Quran
2) Solat Sunat Tarawih
3) Kem Pemantapan Aqidah
4) Kursus Imam dan Bilal (dalam pertimbangan)
5) Majlis Khatam Quran
6) Iftar Kubra Jamaie
7) Bazaar Ramadhan
8) Kuiz Ramadhan
9) Dan Lain-lain

Sama-sama kita nantikan!

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE 52

Warga Masjid al-Bukhari SEMEKAR mengucapkan selamat menyambut hari kebangsaan ke 52. Jagalah keharmonian dan kemakmuran negara.

(Petikan dari AbuNuha Corner.com:)
1. Merdeka bukan sekadar mengibar bendera. Ramai perompak, perogol, perasuah dan penjenayah mengibar bendera. Itu bukan tanda mereka patriotik dan kasih negara ini.
2. Merdeka juga bukan sekadar perbarisan, perarakan dan percutian. Ramai juga yang sertai perarakan itu jenis tinggal sembahyang pun.
3. Merdeka juga bukan sekadar bertukar pemerintah berkulit putih kepada berkulit coklat.
4. Merdeka ialah apabila kita bebas daripada tunduk dan menyembah makhluk, menuju kepada menyembah dan taat perintah Allah SWT.

“Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan. Engkau lihat manusia masuk ke dalam agama Allah bertali arus. Maka, sucikanlah Allah dengan memuji Tuhanmu, serta beristighfarlah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat” (Surah an-Nasr)