Rabu, Jun 24, 2015

PROGRAM MASJID SEMESTER II 2015



PERJALANAN BERMULA KEMBALI!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Sudah lama tidak menulis dalam blog, lebih lagi telah berpindah jabatan daripada SMKA Mohamad Ali Ranau ke SMKA Keningau. Oleh itu, aktiviti penulisan blog masjid bukhari SEMEKAR seolah-olah sudah sampai penghujungnya.

Alhamdulillah, berbekalkan semangat dan pengalaman lalu, maka admin bermula kembali dalam era penulisan blog, cuma berbeza platform kerana alamat web sebelum ini, www.masjidbukharisemekar.blogspot telah pun bertukar kepada www.masjidazharsemaken.blogspot.com. Rakan admin, ustaz Jazlan Sainin telah pun membuka web masjid SEMEKAR yang baharu.

Semoga dengan penghasilan semula blog ini dapat memberikan pelbagai informasi bukan sahaja bagi Masjid al-Azhar, tetapi juga bagi sekolah dan seluruh dunia SMKA amnya. Terima kasih kerana telah memberi sokongan selama ini. Wassalam.