Ahad, Ogos 18, 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1434

DARIPADA KAMI WARGA MASJID BUKHARI SEMEKAR

SEMEKAR dalam Digital Globe


Tazkirah Istiqbal Ramadhan

Tazkirah Zohor disampaikan ole Ustaz Asta Zawawi Abd Mutalib, Sempena istiqbal Ramadhan pada 6 Julai di Masjid Bukhari. Terima kasih kerana sudi singgah di sekolah ini. Kredit untuk Ustaz Sarudin Andang dari PPD Sandakan.

SEKITAR PROGRAM IHYA RAMADHAN 1434 / 2013 SEMEKAR

Majlis Pelancaran Tabung "Masih Ada Yang Sayang" Sempena Bulan Ramadhan


 Antara tetamu vip dalam majlis Istiqbal Ramadhan 8 Julai

 Sebahagian guru-guru perempuan memeriahkan majlis tersebut

 Slot kuliah Ramadhan setiap Zohor Isnin hingga Khamis

 Penonton yang khusyuk mendengar kuliah

 Bazar Ramadhan setiap hari sepanjang Ramadhan

 Ceramah Khas Nuzul Quran disampaikan oleh Ustaz Bahtiar Hud dari Jabatan Kemuftian Negeri Sabah

 Pertandingan Imam Muda dan Mujahidah Soleheh

 Hakim yang mengadili pertandingan Imam Muda

 Peserta-peserta Mujahidah Solehah

 Sekitar Majlis Ikhtitam Ihya Ramadhan pada 2 Ogos

Khamis, Mei 16, 2013

selamat menjalani musim peperiksaan

1) Peperiksaan semester 1 (2 mei - 17 mei)
2) peperiksaan stpm sem 2 (20 mei - 24 mei)

SELAMAT BERJAYA!!!

Ahad, Mac 17, 2013

AHLAN WASAHLAN PENGETUA BARU USTAZAH JAIMIS SAIMAN


Patah tumbuh hilang berganti. Begitulah ungkapan yang sesuai diucapkan berkaitan dengan situasi sekolah ketika ini. Ustazah Jaimis Saiman, sebelum ini menjawat jawatan Pengetua di SMKA Kota Kinabalu telah menggantikan Ustazah Hajjah Hapsah Abd Ghani yang bertukar jabatan dengan beliau.

Ustazah Jaimis sebelum ini pernah menjawat jawatan PK HEM di sekolah ini sekitar tahun 2007 yang lalu namun hanya beberapa bulan sahaja kerana selepas itu beliau dilantik sebagai pengetua di SMKA Kota Kinabalu sehingga beliau kembali semula ke sekolah ini sebagai pengetua. Beliau juga merupakan anak jati Ranau berasal dari kampung Kinapulidan.

Semoga dengan kehadiran beliau di sekolah ini akan dapat memimpin dengan cemerlang dan menjadikan sekolah ini lebih maju dari segi akademik dan sahsiah. Warga Masjid al-Bukhari akan sentiasa memberi sokongan kepada beliau. Ahlan Wasahlan!

Isnin, Mac 04, 2013

TAHNIAH CALON PMR 2012


ANJUNG SYIMALIAH @ MASJID BUKHARI

Anjung Syimaliah (Pintu masuk utama muslimah) 

Pintu masuk ke ruang wudhuk 

Pintu masuk ke ruang solat 

Sebahagian daripada ruang rehat yang terdapat di anjung ini 

Petunjuk arah ke Anjung Taqwa (Artikel mengenai Anjung Taqwa akan menyusul)

Pintu masuk wudhuk muslimah yang lama  

Tembok penghalang pandangan asrama putera (di belakang tangki biru)

Dahulunya merupakan tempat lepak / beraktiviti bagi pelajar putera. Namun kini ia telah berubah wajah dan fungsi. Tempat ini merupakan pintu masuk utama bagi kaum muslimah khususnya pelajar puteri yang hendak menunaikan Ibadah di masjid ini.

Bermula tahun 2011, dengan hanya berdindingkan kayu papan nipis 'plywood' sebagai pemisah antara ruang lelaki dengan perempuan, sedikit-demi sedikit tempat ini dinaik taraf demi keselesaan para jemaah. Pada mulanya, projek pembinaan atap tambahan bagi ruang ini dan seterusnya pembinaan tembok pemisah kekal menggantikan papan nipis. Akhir sekali, diluaskan kawasan rehat pelajar dengan jubin sehingga menjangkau keluasan 20 kaki persegi dan dibina tembok setinggi 6 kaki bagi menghalang pandangan daripada asrama putera.

Selain daripada fungsi sebagai pintu masuk utama pelajar puteri, ruang ini juga berfungsi sebagai tempat mengulangkaji pelajaran bagi pelajar puteri yang uzur. Untuk projek berikutnya, pihak sekolah akan menambah baik lagi kemudahan dengan membina  pondok bacaan di hadapan anjung ini.  

Khamis, Februari 28, 2013

MSSD RANAU 2013

Tahniah diucapkan kepada kontijen SEMEKAR kerana telah mencipta rekod pencapaian di Kejohanan MSSD Ranau tahun ini. Dengan kutipan 9 emas, 4 perak dan 4 gangsa, SEMEKAR telah mencapai kedudukan ketiga terbaik keseluruhan, satu pencapaian yang belum pernah dicapai sepanjang 7 tahun terakhir ini. Lebih membanggakan lagi, salah seorang atlit SEMEKAR iaitu adik Fikri Joe telah berjaya menjadi olahragawan lelaki B.

Atlit SEMEKAR sedang bersiap sedia bagi acara 4x100m

Keseluruhannya kontijen SMK Datu Paduka Mat Salleh telah muncul johan keseluruhan dengan kutipan pingat emas sebanyak 22. Diikuti SMK Lohan dan SEMEKAR. Sebanyak 10 buah sekolah menengah dan 8 zon sekolah rendah telah menyertai kejohanan tahunan ini. Majulah sukan untuk negara dan yang paling penting, biarlah menang dengan iman yang terpelihara.

    Atlit Azniza Sadiri sedang memecut dilorong pertama

Team sahabat kita (SMA Irsyadiah) juga sedang bersedia menjalani acara 4x100m


TERIMA KASIH USTAZAH HAJJAH HAPSAH!



Pagi 28 Febuari, berlangsung satu majlis perpisahan kepada tuan pengetua SEMEKAR, Ustazah Hajjah Hapsah Abd Ghani. Beliau yang berpindah ke SMKA Kota Kinabalu selepas ini telah bertugas dari Jun 2010 sehingga Feb 2013. Sepanjang pentadbiran beliau, banyak perubahan yang dilakukan di sekolah ini hasil idea dan olahan beliau dan disempurnakan oleh semua warga SEMEKAR.

 Dalam majlis tersebut, beliau berpesan kepada pelajar supaya sentiasa mengambil peluang untuk memajukan diri dan membuktikan pelajar SEMEKAR setaraf dengan sekolah-sekolah cemerlang di negeri Sabah khususnya dan Malaysia amnya.

 Antara jasa dan sumbangan beliau antaranya:
1) Pembinaan lampu jalan dari pintu masuk utama ke kg Dilik Lohan.
2) Menaiktaraf kemudahan masjid al-Bukhari termasuk anjung masjid untuk muslimah.
3) Naik taraf kemudahan asrama seperti jubin di setiap bilik, pembinaan kolah putera, dan ampaian berbumbung.
4) Naik taraf bilik VIP menjadi lebih VIP.
5) Naik taraf kelas-kelas. Dan lain-lain.


Sumbangan beliau terhadap masjid dikira cukup banyak sehingga masjid al-Bukhari dinobat masjid cemerlang negeri Sabah bagi kategori sekolah tahun 2010.

 Kami warga masjid al-Bukhari ingin mengucapkan selamat bertugas di tempat baru dan terima kasih atas segala sumbangan beliau di dalam memajukan lagi SEMEKAR dan insya Allah bertemu lagi di kesempatan yang akan datang. Insya Allah, pengetua baru akan tiba 1 Mac 2013. Kita tunggu kemunculannya.

Khamis, Februari 14, 2013

Sambutan Maulidur Rasul 1434

Pada 2 Feb yang lalu, SEMEKAR telah mengadakan majlis sambutan maulidur Rasul peringkat sekolah. Sambutan ini diadakan bagi menyemarakkan semangat cinta kepada Rasul dan Nabi Muhammad SAW sebagai tokoh pimpinan umat seluruh alam. Pada majlis tersebut, 2 insan terpilih menerima tokoh anugerah khas Maulidur Rasul iaitu En. Hj. Saily Juhalip yang merupakan kakitangan sokongan sekolah dan Adik Atikah Jamirin yang merupakan pelajar tingkatan 5. Kemuncak majlis tersebut ialah ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Bahtiar Hud dari Jabatan Mufti Negeri Sabah. Diharapan semangat cintakan Nabi Muhammad tidaklah bersifat musim semata-mata tetapi hendaklah disemai sepanjang masa kerana Nabi telah berjanji akan memberi syafaat kepada sesiapa yang sentiasa ingat dan sayang kepada Baginda.

Pengisian Maghrib Bersama Mohd Taqwudin Mohd Yazid

Syukur al-Hamdulillah kerana pada maghrib 14 Feb 2013, masjid Bukhari SEMEKAR telah dikunjungi oleh saudara Mohd Taqwudin Mohd Yazid yang merupakan mantan pelajar sekolah ini merangkap finalist program Pendakwah Milenia anjuran TV3. Dalam kunjungannya, beliau sempat menitipkan pesanan kepada pelajar-pelajar SEMEKAR agar sentiasa menghargai segala kenikmatan yang diberikan oleh Allah SWT dan menghormati guru yang telah mendidik mereka. Mohd Taqwudin merupakan anak jati Kundasang, bersekolah di SEMEKAR dari tahun 2005 - 2011 dan kini sedang menuntut di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Semoga Allah memberi taufiq dan rahmat ke atasnya.

Khamis, Februari 07, 2013

MAAF

assalamualaikum... maafkan saya sebab lama tak kemaskini. Insya Allah mudah-mudahan diberi kekuatan untuk menyambung semula catatan ini. Salam maulidurrasul