Sabtu, Julai 18, 2009

Ihtifal SMK Agama Mohamad Ali

SEMEKAR 18 Julai: Ihtifal ataupun Majlis Anugerah Cemerlang SMK Agama Mohamad Ali telah berlangsung dengan jayanya. Berlangsung di dewan al-Syafie, majlis ini telah dirasmikan oleh Ustaz Suffian Jasimani yang mewakili Tim. Pengarah Jab. Pelajaran Sabah. Dalam ucapan beliau telah menyatakan rasa kagum terhadap perubahan positif yang berlaku di sekolah ini lebih-lebih lagi apabila sekolah ini telah dipilih menjadi sekolah bestari.

Pelajar mithali telah dinobatkan masing-masing kepada Mustafa Kamil Husin Abd Kadir dan Sofia Atiqa Rehinin. Manakala tokoh ibu bapa mithali disandang encik Sotiman iaitu ayah kepada Nurniezan Sotiman pelajar tingkatan 4. Majlis kemudian dimeriahkan lagi dengan persembahan pelajar dan juga pesta ria sekolah. Tidak lupa juga majlis menandatangani buku rekod kemajuan pelajar.

Semoga majlis ini memberi lebih motivasi kepada pelajar-pelajar untuk lebih berjaya.