Sabtu, Julai 23, 2016

PERKHEMAHAN PERDANA ENAM PENJURU UNIT BERUNIFORM SMKA KENINGAU

Pada 22 Julai - 24 Julai 2016, unit Kokurikulum telah menganjurkan Perkhemahan Perdana 6 Penjuru UB SEMAKEN. Perkhemahan ini disertai oleh UB K-PO, KRS, K-BOM, PPIM, Pengakap dan BSMM. Antara matlamat program ini dilaksanakan ialah meningkatkan jati diri pelajar agar positif menghadapi cabaran akan datang disamping permuafakatan antaraUB dan sesama ahli.

Dalam Program tersebut, banyak aktiviti telah dijalankan antaranya pertandingan kawad kaki, fesyen rimba, ikhtiar hidup, larian berhalangan dan tazkirah. Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Ustaz Suffian Jasimani Ketua Unit Pengurusan Institusi Pendidikan Agama (PIPA) Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Johan keseluruhan disandang oleh Kadet Polis (K-PO). Sesungguhnya program ini telah memberi manfaat kepada peserta itu sendiri dan diharapkan program tersebut dapat diteruskan pada masa akan datang.