Khamis, Februari 28, 2013

MSSD RANAU 2013

Tahniah diucapkan kepada kontijen SEMEKAR kerana telah mencipta rekod pencapaian di Kejohanan MSSD Ranau tahun ini. Dengan kutipan 9 emas, 4 perak dan 4 gangsa, SEMEKAR telah mencapai kedudukan ketiga terbaik keseluruhan, satu pencapaian yang belum pernah dicapai sepanjang 7 tahun terakhir ini. Lebih membanggakan lagi, salah seorang atlit SEMEKAR iaitu adik Fikri Joe telah berjaya menjadi olahragawan lelaki B.

Atlit SEMEKAR sedang bersiap sedia bagi acara 4x100m

Keseluruhannya kontijen SMK Datu Paduka Mat Salleh telah muncul johan keseluruhan dengan kutipan pingat emas sebanyak 22. Diikuti SMK Lohan dan SEMEKAR. Sebanyak 10 buah sekolah menengah dan 8 zon sekolah rendah telah menyertai kejohanan tahunan ini. Majulah sukan untuk negara dan yang paling penting, biarlah menang dengan iman yang terpelihara.

    Atlit Azniza Sadiri sedang memecut dilorong pertama

Team sahabat kita (SMA Irsyadiah) juga sedang bersedia menjalani acara 4x100m


TERIMA KASIH USTAZAH HAJJAH HAPSAH!



Pagi 28 Febuari, berlangsung satu majlis perpisahan kepada tuan pengetua SEMEKAR, Ustazah Hajjah Hapsah Abd Ghani. Beliau yang berpindah ke SMKA Kota Kinabalu selepas ini telah bertugas dari Jun 2010 sehingga Feb 2013. Sepanjang pentadbiran beliau, banyak perubahan yang dilakukan di sekolah ini hasil idea dan olahan beliau dan disempurnakan oleh semua warga SEMEKAR.

 Dalam majlis tersebut, beliau berpesan kepada pelajar supaya sentiasa mengambil peluang untuk memajukan diri dan membuktikan pelajar SEMEKAR setaraf dengan sekolah-sekolah cemerlang di negeri Sabah khususnya dan Malaysia amnya.

 Antara jasa dan sumbangan beliau antaranya:
1) Pembinaan lampu jalan dari pintu masuk utama ke kg Dilik Lohan.
2) Menaiktaraf kemudahan masjid al-Bukhari termasuk anjung masjid untuk muslimah.
3) Naik taraf kemudahan asrama seperti jubin di setiap bilik, pembinaan kolah putera, dan ampaian berbumbung.
4) Naik taraf bilik VIP menjadi lebih VIP.
5) Naik taraf kelas-kelas. Dan lain-lain.


Sumbangan beliau terhadap masjid dikira cukup banyak sehingga masjid al-Bukhari dinobat masjid cemerlang negeri Sabah bagi kategori sekolah tahun 2010.

 Kami warga masjid al-Bukhari ingin mengucapkan selamat bertugas di tempat baru dan terima kasih atas segala sumbangan beliau di dalam memajukan lagi SEMEKAR dan insya Allah bertemu lagi di kesempatan yang akan datang. Insya Allah, pengetua baru akan tiba 1 Mac 2013. Kita tunggu kemunculannya.