Ahad, Mac 17, 2013

AHLAN WASAHLAN PENGETUA BARU USTAZAH JAIMIS SAIMAN


Patah tumbuh hilang berganti. Begitulah ungkapan yang sesuai diucapkan berkaitan dengan situasi sekolah ketika ini. Ustazah Jaimis Saiman, sebelum ini menjawat jawatan Pengetua di SMKA Kota Kinabalu telah menggantikan Ustazah Hajjah Hapsah Abd Ghani yang bertukar jabatan dengan beliau.

Ustazah Jaimis sebelum ini pernah menjawat jawatan PK HEM di sekolah ini sekitar tahun 2007 yang lalu namun hanya beberapa bulan sahaja kerana selepas itu beliau dilantik sebagai pengetua di SMKA Kota Kinabalu sehingga beliau kembali semula ke sekolah ini sebagai pengetua. Beliau juga merupakan anak jati Ranau berasal dari kampung Kinapulidan.

Semoga dengan kehadiran beliau di sekolah ini akan dapat memimpin dengan cemerlang dan menjadikan sekolah ini lebih maju dari segi akademik dan sahsiah. Warga Masjid al-Bukhari akan sentiasa memberi sokongan kepada beliau. Ahlan Wasahlan!