Khamis, Disember 29, 2011

Tahniah buat mereka

Bil. Nama Pencapaian
1 NOR IZZATY JULHASSAN 8A 1B
2 MALISA ENUIL 8A 1B
3 AFDHAL SABIQ ASSYAWAL SABILI 7A 2B
4 AZMAH FARIDAH ARFUDDIN 6A 2B 1C
5 NUR NAZIFI JIMIS 6A 2B 1C
6 MASANERAH SUKIRIM 6A 1B 2C
7 MOHD RIDZWAN JUSIDIN 6A 1B 2C
8 NAIEMATUS SAKINAH WAHID 6A 1B 2C
9 SALINAH JASRIN 6A 1B 2C
10 NOORIFFAH FIFFY ISMAR 6A 1B 1C 1D

Ini semua perancangan dan tarbiah dari Allah

pada 22 dis yang lalu, keputusan PMR 2011 telah diumumkan. daripada 79 calon smka mohamad ali yang mengambil ujian tersebut, hanya 2 orang sahaja mendapat 8A. Walau GPS meningkat, kegagalan mendapat 9A walau seorang pun sememangnya amat mengecewakan. Usaha yang dilaksanakan memang banyak dan dikira mantap. Namun begitu, perancangan Allah mengatasi segalanya. Semua pihak harus bermuhasabah diri, bermula dari pihak atasan, guru-guru sehingga pelajar-pelajar untuk membentuk semula perancangan bagi PMR 2012 akan datang. "Kita merancang dan Allah pun merancang. Allah jualah sebaik-baik Perancang." Tahniah kepada yang berjaya. SPM menanti 2 tahun lagi.

Ahad, Disember 04, 2011

Alhamdulillah

Entri kali ini berkisarkan aktiviti masjid pada musim cuti sekolah. Namanya pun cuti sekolah oleh itu aktiviti melibatkan masjid berkurangan. Namun begitu, pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan SPM dan STPM telah mengimarahkan masjid daripada sunyi sepi. Begitu juga dengan para pelajar yang terlibat dengan program latihan persediaan MSSD cuti kali ini. Makluman yang diterima, setakat ini solat jumaat masih dapat dilakukan. Mungkin kerana para calon tidak balik kampung berbanding tahun sudah. Insya Allah mereka yang mengimarahkan masjid ini akan mendapat berkat dan rahmat dari Allah lebih-lebih lagi dalam menghadapi peperiksaan penentu masa depan ini. Bagi pelajar lain yang sedang bercuti, lakukan aktiviti yang bermanfaat dan jangan lupa membantu keluarga. Bagi calon PMR 2011, Insya Allah result akan keluar dalam 22 Disember ini. Perbanyakkan doa dan solat hajat seperti yang diamalkan sebelum dan ketika PMR lalu. Mudah-mudahan kecemerlangan menjadi milik mereka semua.

Khamis, Disember 01, 2011

Puasa Asyura

Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan.

Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh).

Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian.

Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.

Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:

-Hari pertama Allah menciptakan alam.

-Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

-Hari pertama Allah menurunkan hujan.

-Allah menjadikan 'Arasy.

-Allah menjadikan Luh Mahfuz.

-Allah menjadikan Malaikat Jibril.

-Nabi Adam a.s. dicipta.

-Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.

-Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.

-Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.

-Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.

-Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.

-Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.

-Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.

-Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.

-Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.

-Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..

-Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

-Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.

-Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

-Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.

-Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.

Jumaat, Oktober 21, 2011

EMO?

(Copy dan edit dari blog azlinahabdulgani.blogspot)

Mendepani isu-isu semasa hari ini, merupakan satu tanggungjawab besar bagi setiap individu Muslim terutamanya mereka yang bergelar Daie. Masalah yang melanda umat Islam saban hari perlu diambil cakna, agar kita dapat memikirkan jalan keluar dan kembali menyusun gerak kerja dakwah demi menegakkan kembali syiar agama Islam yang tinggi.

Memetik salah satu tajuk utama di dada akhbar tempatan 2 hari yang lalu, adalah menjadi suatu kerisauan bilamana melihat remaja dan belia Malaysia hari ini sangat mudah terpengaruh apabila trend Emo@ Gothic sudah menjadi suatu budaya yang semakin menular di negara kita. Budaya kuning yang dibawa masuk ke negara kita hari ini, jelasnya merupakan satu ancaman besar bagi golongan muda Malaysia dan umat Islam khususnya!

SIAPA MEREKA..?

Kumpulan ini agak mudah dikenali. Mereka biasanya memakai celak di mata, berseluar ketat dan berambut panjang serta berwarna sambil menutupi sebahagian wajah mereka.

Dikatakan, antara ritual dan amalan kumpulan ini adalah mengelar tangan, menjilat darah sendiri, melakukan seks bebas, melakukan perjumpaan beramai-ramai di suatu tempat dan mendengar muzik beberapa kumpulan artis Barat yang membawakan imej kumpulan Emo seperti My Chemical Romance,Jimmy Eat World dan sebagainya. Melalui lirik-lirik lagu kumpulan sebegini, mereka biasanya membawa mesej yang negatif dan mengajak kepada kemusnahan diri sendiri secara senyap. Dengan keadaan remaja yang khayal dek penangan pil ekstasi,heroin dan syabu, lantas ada diantara mereka yang mula menghayati lirik berkenaan dan mula mencederakan diri dengan senjata tajam.



'And though you're dead and gone, believe me your memory will carry on'
(Walaupun anda telah mati, percayalah kenangan anda akan terus kekal)
Di antara lirik lagu yang didendangkan


KE MANA PERGINYA JATI DIRI PEMUDA ISLAM?

Satu hakikat yang perlu kita akui adalah, remaja dan golongan belia negara kita sudah hilang jati dirinya! Lihat sahaja mereka ini. Tanpa perlu bertemu empat mata dengan mereka , saya mampu mengenali mereka.

Bukan Dominic atau Christina..!

Bukan Raju atau Priyanka..!

Bukan Ah Seng mahupun Mei Ling..!

Kebanyakannya anak-anak melayu, Islam! Musa, Hasan, Khalid atau Ahmad..Semuanya nama-nama panggilan yang tentunya membawa makna dan maksud yang baik.



Budaya Emo@Gothic yang sudah lama 'membiak' di Malaysia dan dikatakan semakin menular ke seluruh negara

Dengan kondisi seperti ini, nampaknya musuh-musuh Islam sudah tidak perlu berkerja keras. Datangkanlah apa sahaja imej dan trend terbaru..Black Metal,Punk, Skin Head, Hip Hop..dengan mudah akan menjadi ikutan anak muda tanpa paksaan. Lantas tujuan utama mereka untuk menjauhkan umat Islam daripada pegangan Al Quran,Sunnah dan syariat Islam akan terlaksana dengan sendirinya!


Remaja muslim sebenar adalah remaja yang berpegang teguh pada Al Qura dan As Sunnah. Daripada cara pergaulan, cara berpakaian, dan sebagainya dituruti mengikut kehendak agama sepenuhnya. Biar apa juga trend dan fesyen terkini didatangkan, dia tetap dengan pendirian dan jati dirinya, kerna dia yakin..dengan menjaga syariat dan agama Allah, maka Allah swt akan menjaganya pula.

Kembalikan pemuda pemudi Islami harapan agama!

khutbah multimedia

ada bermacam watak dan gambaran mengenai suasana khutbah jumaat sedang berlangsung. antaranya ialah wajah stress, penat, mengantuk, tidur sehingga tumbang ke lantai. sukar difahami perkara yang menyebabkan situasi seperti itu berlaku. mungkin juga pengisian khutbah yang tidak menarik dan tidak meransang pemikiran dan semangat jihad.

lantaran itu, pihak masjid bukhari mencuba sedaya upaya bagi membetulkan keadaan. dari khatib yang berpengalaman seperti ustaz warimin menyampaikan khutbah (diselangi jenaka) sehingga khutbah yang intonasinya berdentum dentam seperti ustaz jazlan. terkini, pihak masjid menonjolkan khutbah yang disertakan sekali dengan persembahan multimedia. maksudnya, apa yang khatib sampaikan, secara ringkasnya dipaparkan melalui powerpoint. mujur juga jabatan agama islam selangor menyediakan kemudahan sehingga tidak susah payah bagi pihak masjid menyediakan bahan-bahan tersebut. mudah-mudahan satu hari nanti pihak masjid boleh menyediakan bahan-bahan multimedia untuk digunakan dalam khutbah jumaat.

dari pemerhatian penulis, pertama kali konsep ini digunakan di masjid al-bukhari, para jemaah (khususnya pelajar) nampak bersemangat untuk mengikuti khutbah, namun begitu, dari minggu ke minggu, keadaannya seperti kembali seperti sediakala (baca entri pertama di atas). nampaknya pihak masjid terpaksa mencari jalan lain untuk mengatasi masalah ini...

Selasa, Ogos 09, 2011

kelebihan berbuka puasa awal pada waktunya

DARIPADA Sahal bin Said r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Orang yang menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktunya akan mendapat kebaikan yang berterusan".

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Huraian Hadith:

1. Orang yang berpuasa disunatkan segera berbuka setelah diyakini masuknya waktu Maghrib, sebaliknya makruh hukumnya jika sengaja dilewat-lewatkan tanpa sebarang sebab yang munasabah.

2. Antara hikmah disunatkan agar segera berbuka puasa ialah supaya kita tidak tergesa-gesa dalam mengejar waktu solat di mana ia memberi kesempatan untuk kita rehat seketika sebelum mengerjakan solat Maghrib dan sebelum bergegas menunaikan solat Isyak dan terawih pula selepasnya.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Ahad, Julai 24, 2011

Di Ambang Ramadhan 1432


Ramadhan akan menjelang tidak lama lagi. Berbaki seminggu lagi, suasananya sudah terasa akan keberkatan dan kemuliaannya. Bagi yang merindui bulan ini, sememangnya tidak sabar-sabar lagi menikmati beribadah di bulan tersebut.

SMK Agama Mohamad Ali melalui BADAR, JPI, Syukbah Ibadah Asrama dan Masjid al-Bukhari juga tidak ketinggalan mengimarahkan suasana kedatangan bulan Ramadhan. Program Di Ambang Ramadhan 1432 menyajikan pelbagai acara bermula Rabu ini 27 Julai dan berakhir 28 Julai. Antara program tersebut ialah ceramah Ramadhan yang dinantikan disampaikan oleh Ustaz Jusidin, Pertandingan Banner Ramadhan, Sebersih hati sesuci jiwa, ceramah Khas Di Ambang Ramadhan oleh Ustaz jemputan dari SPI dan kemuncaknya ialah pelancaran Ihya Ramadhan 1432 oleh Tuan Pengetua, Pn. Hjh. Hapsah Abd. Ghani.

Nantikan kemunculannya!

Ahad, Jun 19, 2011

SUMBANGAN BEKAS PELAJAR




SEMEKAR, 19 Jun: Satu majlis tazkirah khas telah disampaikan oleh bekas pelajar sekolah ini iaitu Khairul Anwar Aharin dan Zulhadi Saiman yang sedang menuntut di UKM. Dalam tazkirah tersebut, kedua-dua bekas pelajar menyeru kepada semua pelajar agar tidak lupa kepada Allah dan sentiasa menjaga hubungan yang baik dengan ibu bapa, guru dan masyarakat sekitar bagi memastikan kejayaan yang gemilang. Pihak sekolah khususnya warga masjid amat mengalu-alukan sumbangan bekas pelajar bagi membantu sekolah mencapai visi dan misi sekolah ke arah kecemerlangan 2014 kelak. Tidak lupa juga kepada Nazirul Mubin yang sedang menuntut di IPG Seberang Perai yang telah mengendalikan slot BADAR pada 13 Jun yang lalu. Jazakumullah khairan kathiran.

SOLAT SUNAT KHUSUF (GERHANA BULAN)





SEMEKAR, 16 Jun: Satu majlis Qiyamullail dan solat sunat gerhana bulan telah dijalankan di masjid al-Bukhari dihadiri oleh pelajar-pelajar dan sebilangan guru-guru. Majlis bermula 3 pagi dimulai dengan solat sunat gerhana yang dipimpin oleh Us. Rezany seterusnya memberikan khutbah khas. Setelah itu, majlis dipimpin pula oleh Us. Jazlan bagi majlis Qiyamullail sebelum pelajar-pelajar bersahur untuk puasa sunat Khamis. Dalam makluman yang diberikan, gerhana bulan penuh akan berlaku lagi dalam tempoh 11 tahun akan datang. Sudah semestinya majlis ini menjadi pengalaman yang berharga bagi pelajar-pelajar.

Selasa, Jun 14, 2011

SOALAN DALAM KUBUR

Hadith:

DARI Asma' r.a katanya: "Pada masa (hidup) Rasulullah s.a.w pernah terjadi gerhana matahari. Lalu aku pergi menemui ˜Aisyah dan kudapati dia sedang solat. Aku bertanya kepadanya, "Mengapakah orang banyak mengerjakan solat?"

Dia memberikan isyarat kepadaku dengan kepalanya (mendongak) ke langit. Aku bertanya, Ayat? (tanda kebesaran Allah?)

"Jawab ˜Aisyah, Ya! Tanda kebesaran Allah!" Rasulullah s.a.w lama sekali berdiri (dalam solat), sehingga aku pusing (pening).

Lalu aku mengambil air satu qirbah dan kubawa dekat denganku. Kemudian kubasahi kepala dan mukaku.

Kata ˜Asma selanjutnya, "Ketika Rasulullah s.a.w telah selesai solat dan matahari telah terang kembali, baginda berkhutbah di hadapan orang ramai. Mula-mula baginda memuji dan menyanjung Allah. Sesudah itu baginda bersabda, antara lain: "Tidak ada sesuatu pun yang belum pernah kulihat melainkan telah ku saksikan dalam solatku sebentar tadi, syurga dan neraka.

Sesungguhnya telah diwahyukan kepadaku bahawa kamu semua akan disoal di dalam kubur, atau seperti fitnah (bencana) dajal. Masing-masing kamu akan didatangi lalu disoal,: "Apa pengetahuanmu tentang orang (Muhammad) ini?"

Orang-orang yang beriman dengan yakin akan menjawab,: "Dia adalah Muhammad, Rasulullah. Dia datang kepada kami membawa keterangan-keterangan dan petunjuk lalu kami terima dan kami patuhi."

Pertanyaan itu berulang-ulang sampai tiga kali. Sesudah itu dia disuruh tidur. Katanya,: "Kami sudah tahu bahawa kamu betul-betul beriman dengannya.Kerana itu tidurlah dengan nyenyak."

Adapun orang-orang yang munafiq dan orang-orang yang ragu dalam kepercayaan mereka, maka jawab mereka,: "Aku tidak tahu apa-apa. Aku dengar orang ramai mengatakan begitu dan begini, lalu ku ucapkan pula."

Riwayat Muslim

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Sabtu, Mei 28, 2011

SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA WARGA SEMEKAR. LAKUKAN PERKARA YANG BERFAEDAH.

Ahad, Februari 20, 2011

Muslim perlu sihat dan cergas

Islam merupakan agama yang merangkumi seluruh kehidupan termasuk jasmani. Seorang muslim itu bertanggungjawab terhadap setiap aspek dalam kehidupannya. contohnya saya; saya adalah seorang anak, seorang abang dan seorang suami yang bakal menjadi seorang ayah tidak lama lagi. Dengan kesemua tanggungjawab ini, sudah semestinya ia menjadi kewajipan untuk diri saya memastikan kesihatan dan kecergasan sentiasa dijaga. Tanpanya, bagaimana untuk saya tunaikan tangggungjawab tersebut?!

Contoh: Bagi mereka yang ingin menunaikan umrah dan haji, sudah tentu mereka perlukan tenaga dan kecergasan yang baik. Alhamdulillah saya sudah beberapa kali dapat menunaikan umrah tetapi kadangkala sedih melihat ramai yang kurang upaya dari segi kecergasan fizikal sehingga menggunakan kereta (sebaiknya jalan kaki) atau pitam dan macam-macam masalah lain berkaitan isu kesihatan.

Dalam satu hadis, ia mengatakan bahawa 1 per 3 daripada perut kita perlu diisi dengan makanan, 1 per 3 yang lain perlu diisi dengan air manakala 1 per 3 yang lain adalah udara untuk bantu kita bernafas. Daripada hadis tersebut, kita dapat belajar bahawa kita tidak sepatutnya makan terlalu banyak.

Mengikut catatan sirah, Nabi Muhammad s.a.w merupakan seorang manusia yang sihat atau 'fit.' Pastinya Nabi kita sihat bukan kerana pergi gimnasium hari-hari tetapi adalah melalui kehidupannya sebagai seorang muslim. Kesihatan dan kecergasan bukanlah berhubung kait dengan gimnasium tetapi ia adalah cara hidup kita. Menjadi seorang muslim adalah cara hidup. Bagi saya, ia cukup mudah; menjadi seorang muslim bukan sekadar mengucap dua kalimah syahadah, tetapi ia juga melibatkan penampilan kita. Oleh sebab itu, saya perlu betul-betul menjaga kesihatan.

Lima Contoh Kesihatan dan Kecergasan Dalam Islam

1. Ibadah Haji dan Umrah

Sekali lagi, ini contoh yang memang jelas kerana untuk menunaikan ibadah semasa umrah lagi-lagi ketika waktu haji sememangnya memerlukan kecergasan dan penjagaan fizikal diri. Tanpa fitness, memang sukar!

2. Puasa

Puasa mempunyai banyak kelebihan. Ia memerlukan fokus, disiplin, kesederhanaan, kawalan diri dan mementingkan penjagaan badan, minda and kerohanian. Tetapi tanpa penjagaan kesihatan yang baik, ibadat puasa pun menjadi suatu perkara yang sukar.

3. Sembahyang

Kalau kita fikir, setiap kali anda sembahyang anda sebenarnya melakukan senaman ringan selama 4-5 minits ataupun 20-25min sehari. Walaupun ia tidaklah senaman yang berat tetapi tak kira umur, ia "memaksa" seseorang untuk berdiri, sujud (strecthing) dan melibatkan keseluruhan anggota badan.

4. Sunnah nabi.

Pelbagai sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan simbolik kepada senaman, kesihatan dan kepentingan penjagaan diri sepanjang hayat Baginda. Sebagai seorang muslim, kita selalu merujuk kepada pengajaran sunnah... jadi kenapa tidak pula mengikut gaya hidup Baginda yang aktif dan cergas?

5. Al-Quran

Seperti sunnah, Al-Quran adalah panduan kehidupan seorang muslim. Dan walaupun quran tidak menyuruh anda mengunjungi gimnasium atau berdiet, ia mementingkan keserderhanaan dalam pemakanan, jangan membazir dan menjaga kesihatan diri.

Untuk itu, kecergasan yang penjagaan kesihatan diri sudah tentu menjadi tanggungjawap setiap muslim.

Khamis, Februari 10, 2011

Tiada Sial Dan Majal Dalam Islam

Petikan dari Hmetro.com
APA guna dipanggil kemajuan dan kemodenan sekiranya pemikiran, akhlak, cara hidup dan sifat mulia kemanusiaan semakin terhakis?
Kemajuan teknologi contohnya sepatutnya menjadikan sesuatu maklumat disebar untuk kebaikan tetapi disalah guna untuk tujuan yang salah.
Dalam mengejar kemajuan, akhlak murni perlu dijaga. Maka amat perlu sekali kita menilai kembali erti kemodenan yang sedang kita impikan.

Kemodenan yang hakiki ialah kebebasan akal menerawang mengenali. Cukup membimbangkan jika kita menikmati kemajuan dengan minda dan pemikiran yang beku dan jumud.
Hidup ini tertakluk kepada peraturan yang sarat dengan nilai mulia sejagat, sesuai di semua tempat di samping hidup berpandukan peraturan yang tahan diuji sepanjang zaman.
Bukan saja bertahan, lama tapi berjaya menyisihkan cara hidup buatan manusia yang amat terbatas; sekejap ada dan sekejap tidak ada, kadang-kadang putik dan kadang-kadang berulat serta buruk.

Lebih mendukacitakan, adakah kita dipanggil moden sekiranya pemikiran masih dibayangi perkara dengan sial dan majal terhadap sesuatu yang langsung tidak punya kuasa?

Bukan sekadar terbelenggu, tetapi sudah percaya dan sudah termasuk sebagai rujukan dan penentuan dalam membuat sesuatu sebarang keputusan.

Bayangkan ada yang percaya kepada nombor membawa sial dan majal.

Dalam hal ini, Imam Bukhari pernah meriwayatkan daripada Rasulullah, yang bersabda yang bermaksud: "Tiada sial dan majal dalam Islam".

Dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tiada sial pada sesuatu burung".

Malah, mempercayai sial dan majal membawa kepada syirik sebaliknya Allah menggantikan dengan konsep tawakal.

Adakah wajar seseorang yang bersiap untuk ke tempat temuduga tiba-tiba sampai ke tempat itu, dia mendapati bilik temu duga berkenaan bernombor 13 lalu tidak meneruskan sesi temu duga terbabit kerana merasakan nombor itu membawa sial.

Begitu juga dengan perkahwinan, ada yang percaya berkahwin pada bulan Safar membawa sial. Ia amat bercanggah dengan prinsip agama.

Sesetengah daripada kita tidak jadi hendak membeli rumah semata-mata kerana dianggap sial. Dalam suasana payah hendak mendapat kerja dan pasangan, ada yang percaya dengan memakai gelang dia akan memberi 'semangat'.

Tidak kurang juga yang percaya kepada kuasa bunga dengan nama 'mandi bunga'. Bunga untuk hiasan dan kecantikan bukannya ada kuasa luar biasa.

Islam tidak pernah menolak kemajuan yang berasaskan kajian dan penemuan moden. Perubatan moden diharuskan. Namun begitu kuasa penyembuh hanyalah pada tangan Allah.

Doktor hanya merawat dan berikhtiar tetapi yang menyembuh hanyalah Allah. Kita boleh memilih doktor mana yang serasi untuk merawat kita, tetapi bukan dia yang menyembuh.

Jika betul ikhtiar dan ubat bertepatan dengan kehendak Allah maka sembuhlah apabila sampai masanya.

Menjadi kesalahan besar sekiranya seorang gadis atau wanita sanggup berbuat apa sahaja, terpaksa menyerah maruah dan diri demi menagih cinta dari kekasihnya. Fikirnya jika tidak ikut kehendak si dia nanti tidak dicintai pula dan ada risiko ditinggalkan.

Yang menentukan jodoh bukannya manusia. Manusia hanya merancang kerana yang menentukan adalah Allah.

Kekolotan minda akidah remaja inilah menyebabkan berlakunya pelbagai masalah yang akhirnya mereka sendiri yang merana.

Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan, amalan memberi rasuah membawa syirik. Ia bukan sekadar dosa besar, sebab yang membawa kepada syirik kerana anggapan pemberi rasuah 'jika aku tidak beri, maka pasti tidak dapat'.

Ini yang rosak iman kerana anggapan pemberi rezeki sudah beralih daripada Allah kepada manusia. Bagi melariskan kedai perniagaan pekedai mula guna pelaris termasuk ayat seribu dinar.

Peniaga mungkin terlupa bagaimana nabi menjalankan perniagaan, untung besar tetapi tidak guna pelaris. Begitu juga sahabat nabi, Abd Rahman bin Auf buat untung besar tanpa menggantung apa-apa ayat.

Tiada rahsia khusus kerana kejayaan sesuatu itu adalah berpunca daripada ilmu, usaha keras, kemahiran serta tawakal kepada Allah.