Isnin, Ogos 10, 2015

PERTANDINGAN KOMPANG SELAWAT BERZANJI MARHABAN (KSBM) SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT NEGERI SABAH 2015

Berbekalkan kemenangan pada di peringkat daerah pada bulan Ramadhan lalu, kumpulan berzanji marhaban SMKA Keningau yang dikenali sebagai al-Ijtihad bergerak ke Kem PLKN Wawasan Kg. Ovai Papar pada 31 Julai 2015. Kumpulan marhaban bergerak bersama kumpulan Kompang Selawat dari SK Pasir Putih Keningau.

 Bergambar kenangan sebelum bergerak

Pentas pertandingan dan penutupan 

 Kumpulan Ijtihad menyampaikan persembahan
 Barisan Hakim tekun mengadili persembahan

 Majlis penutupan

Pertandingan dijalankan pada hari Sabtu 1 Ogos 2015 dalam suasana hujan sepanjang hari. Sebanyak 24 kumpulan yang mewakili tiap-tiap daerah di Negeri ini menyertai pertandingan marhaban berzanji. Pada sebelah malamnya, majlis penutupan dan pengumuman keputusan pertandingan dijalankan. Tahniah kepada pasukan Ijtihad kerana telah mendapat naib johan peringkat negeri Sabah. Johan telah disandang oleh pasukan dari Ranau yang diwakili oleh pelajar SMKA Mohamad Ali. Apa jua keputusan, semoga pertandingan ini menjadi pengalaman yang sangat berguna kepada pelajar-pelajar yang menyertainya. Tahniah juga kepada jurulatih, Ustaz Yusuf Ali atas komitmen yang tidak berbelah bagi melatih dan membimbing anak-anak SEMAKEN.

Ahad, Ogos 09, 2015

SEKITAR MAJLIS TANDATANGAN SLIP KEPUTUSAN DAN SARANA IBU BAPA

Tarikh   : 31 Julai 2015
Masa     : 8.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Besar Sekolah

 Barisan kaum bapa yang hadir

   Begitu juga kaum ibu

 Cikgu Zulkifli bertungkus lumus menyediakan persembahan multimedia

Ceramah keibubapaan yang sangat menarik 

SAMBUTAN HARI RAYA SEMAKEN 2015

Pada 29 Julai 2015, satu sambutan aidilfitri peringkat sekolah telah diadakan. Bertempat di dewan makan asrama, pelbagai juadah yang enak dan menyelerakan disajikan kepada warga SEMAKEN. Majlis bermula jam 10.30 pagi dihadiri oleh guru dan staf sekolah, pelajar-pelajar dan juga jemputan khas iaitu YDP PIBG SEMAKEN. Majlis diserikan lagi dengan persembahan pelajar dan yang yang paling seronok ialah pelajar-pelajar mendapat duit raya hasil sumbangan Syarikat Anugerah Rasa, pembekal makanan pelajar asrama. Semoga majlis ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama warga sekolah.
 Doa dipanjat agar majlis diberkati

 Pelbagai jaduah yang menyelerakan

 Pelajar berbaju raya

 YDP PIBG merasmikan majlis