Rabu, April 08, 2009

kalimatil yaumiah (perkataan harian)



Melalui panitia bahasa arab, program ini dijalankan bagi meningkatkan lagi kadar celik bahasa arab di kalangan pelajar SMK Agama Mohamad Ali ini. Hebahan suara, paparan tulisan telahpun dibuat. Namun terasa sambutan dari para pelajar masih lagi 'dingin'. Entah kenapa mata pelajaran bahasa arab ini menjadi mata pelajaran paling tidak diminati oleh sebahagian besar pelajar-pelajar sekolah ini. Teringat penulis ketika bersekolah dulu-dulu. Silabus bahasa arab yang diperkenalkan pada waktu itu amatlah sukar dan punya aras yang tinggi berbanding silabus bahasa arab sekarang yang telah dipermudahkan. Berdasarkan pemerhatian penulis, bukan kerana subjek bahasa arab yang membebankan pelajar, akan tetapi sikap dan cara belajar pelajar yang membuatkan subjek bahasa arab ini tidak cemerlang. Kalau alasannya bahasa arab ini penyebab ketidakcemerlangan PMR, masakan tidak mengapa tidak ramai pelajar mendapat skor 8A?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan