Jumaat, Mei 15, 2009

Program kerohanian hari Jumaat







Ini adalah sebahagian daripada program tadarus solat jumaat. Program ini dijalankan kira-kira 20 minit sebelum bermulanya solat Jumaat. Menurut pelajar yang bernama Zulhadi (6 Atas), program ini baru pertama kali dijalankan selama dia bersekolah 7 tahun di sini. Beliau menambah lagi, program sebegini adalah baik dan patut diteruskan berbanding sebelum ini pelajar tidak ada sebarang program melainkan tidur, lepak dan melakukan aktiviti yang kurang faedahnya sebelum azan jumaat berkumandang. Warga masjidbukharisemekar.blog ini nak juga berkongsi dengan bekas-bekas pelajar semekar mengenai program yang dilakukan pada waktu dulu-dulu. Mungkin saudara jundi004 ada ceritanya.
Khutbah hari ini disampaikan oleh al-Fadhil Ust. Mohd Zaid Ali. Khutbah tersebut berkisarkan tentang kewajipan mentaati ibu bapa. Sejurus tamatnya khutbah, solat berjamaah dilaksanakan yang diimami oleh ust. zaid Ali sendiri. Antara guru yang hadir termasuklah CEO sekolah, guru-guru flat dan juga warden asrama.

2 ulasan:

  1. salam...
    sedikit pandangan mengenai program yang dijalankan sebelum azan berkumandang. kalau dulu kami tak ada pgrm khusus seperti skrg ini. maklumlah dulu masjid jauh dan kemudahan air tu selalu aja terganggu....cuma mana-mana pelajar yang dulu sampai ke masjid membaca al-quran itu adalah rutin wajib sebelum azan jumaat berkumandang.

    saya menyokong tindakan yang dibuat oleh pihak masjidbukhari. apa kata buat dalam kumpulan jadi nampak lebih teratur. cth 1 kump 1 ketua dan 5-7 ahli. pilih ayat atau surah dan baca sama-sama, ketuanya dr ting 6 or ting 5 yang ikut kelas tahfiz boleh sama-sama perbaiki tajwid adik2 yang masih lemah. maybe dgn cara ini dapat melahirkan warga SEMEKAR yang fasih dan lancar dlm bacaan al-quraan.

    BalasPadam
  2. (jundi004) sedikit tambahan....kalau kami dulu tadarus tu dibuat setiap kali selepas subuh (hari sabtu dan ahad or cuti) dan lepas maghrib (sabtu) atau mana-mana ruangan antara maghrib dan isyak yang tidak ada program.

    BalasPadam