Ahad, Ogos 30, 2009

Aktiviti Ihya Ramadhan 1430 (Bahagian 1)

Musim Ramadhan datang lagi dan seperti tahun-tahun sebelumnya, bermacam aktiviti disediakan untuk warga SEMEKAR di bawah pelbagai anjuran. Antaranya ialah Ihya Ramadhan atau Menghidupkan bulan Ramadhan. Bermula seminggu sebelum bermula Ramadhan, aktiviti yang telah dilaksanakan ialah ceramah ambang Ramadhan serta pelancaran Ihya Ramadhan dan tabung sumbangan raya. Oleh kerana minggu pertama Ramadhan adalah cuti sekolah, maka segala aktiviti akan disambung selepas buka sekolah pada 31 Ogos ini. Antara aktiviti yang menarik menunggu warga SEMEKAR ialah:
1) Tadarus Quran
2) Solat Sunat Tarawih
3) Kem Pemantapan Aqidah
4) Kursus Imam dan Bilal (dalam pertimbangan)
5) Majlis Khatam Quran
6) Iftar Kubra Jamaie
7) Bazaar Ramadhan
8) Kuiz Ramadhan
9) Dan Lain-lain

Sama-sama kita nantikan!

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum,
    moga ramadhan tahun ini mampu menjadikan kita hambaNya yang soleh. Rinduuu mau ke ranau semula baa...

    BalasPadam