Jumaat, Oktober 21, 2011

khutbah multimedia

ada bermacam watak dan gambaran mengenai suasana khutbah jumaat sedang berlangsung. antaranya ialah wajah stress, penat, mengantuk, tidur sehingga tumbang ke lantai. sukar difahami perkara yang menyebabkan situasi seperti itu berlaku. mungkin juga pengisian khutbah yang tidak menarik dan tidak meransang pemikiran dan semangat jihad.

lantaran itu, pihak masjid bukhari mencuba sedaya upaya bagi membetulkan keadaan. dari khatib yang berpengalaman seperti ustaz warimin menyampaikan khutbah (diselangi jenaka) sehingga khutbah yang intonasinya berdentum dentam seperti ustaz jazlan. terkini, pihak masjid menonjolkan khutbah yang disertakan sekali dengan persembahan multimedia. maksudnya, apa yang khatib sampaikan, secara ringkasnya dipaparkan melalui powerpoint. mujur juga jabatan agama islam selangor menyediakan kemudahan sehingga tidak susah payah bagi pihak masjid menyediakan bahan-bahan tersebut. mudah-mudahan satu hari nanti pihak masjid boleh menyediakan bahan-bahan multimedia untuk digunakan dalam khutbah jumaat.

dari pemerhatian penulis, pertama kali konsep ini digunakan di masjid al-bukhari, para jemaah (khususnya pelajar) nampak bersemangat untuk mengikuti khutbah, namun begitu, dari minggu ke minggu, keadaannya seperti kembali seperti sediakala (baca entri pertama di atas). nampaknya pihak masjid terpaksa mencari jalan lain untuk mengatasi masalah ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan