Ahad, Jun 28, 2015

BINGKISAN RAMADHAN 1436

Ramadhan datang lagi. sewajarnya kita mesti bersyukur kerana masih lagi diberi kesempatan mengharungi bulan yang penuh dengan barakah ini. Berapa ramai di kalangan sahabat dan ahli keluarga kita yang tidak sempat menikmati bulan Ramadhan tahun ini.

Sesungguhnya bulan Ramadhan punya keistimewaan yang sangat bernilai berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Antaranya segala amal kebaikan pada bulan ramadhan digandakan sehingga berpuluh-puluh kali ganda. Dan pada bulan ini jugalah adanya malam al-Qadr di mana beribadat pada waktu tersebut diganjarkan dengan ribuan ganda kebaikan setara dengan beribadat seribu bulan!

SMKA keningau melalui BADAR menganjurkan bermacam pengisian melalui Program Ihya' Ramadhan. Antaranya ialah solat sunat taraweh, tadarus Quran, pertandingan ihya ramadhan, ziarah ramadhan dan Nuzul Quran. Juga kita akan meraikan pelajar yang telah menamatkan hafazan juzuk 1 pada majlis Khatam Quran dan Iftor Perdana. Semoga kita semua akan mendapat kerahmatan, keampunan dan dipelihara oleh-Nya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan