Jumaat, November 13, 2015

PROJEK PENGLESTARIAN MASJID

Asalnya hanyalah parit yang mengalir lesu melalui depan Masjid al-Azhar. Dipenuhi dengan semak samun ditepinya. Menyemakkan mata memandang serta mencacatkan pemandangan masjid yang menjadi ikon SEMAKEN. Bagi mengubah keadaan tersebut, projek penglestarian dilakukan bagi mewujudkan suasana yang indah dan damai disamping menyemarakkan lagi potensi alam sekitar sebagai tempat yang baik untuk hidupan seperti ikan, burung bangau dan sebagainya.

Dengan mengubah sedikit rekabentuk tadahan dan projek empangan dilakukan, mengambil masa seminggu bagi merealisasikan hasrat tersebut. Pada awalnya, kolam takungan tersebut menimbulkan masalah berbau disebabkan proses mereputkan lalang dan semak samun yang ditenggelami air. Namun begitu, sesudah beberapa minggu kemudian, keadaan bertukar menjadi nyaman dan segar sehingga menggamit perasaan yang mendamaikan.

Beberapa jenis ikan dilepaskan seperti ikan Jalak dan Sepat bagi menghuni kolam tersebut. Hasilnya, beberapa lagi spesis yang berani menyinggah di kawasan kolam tersebut seperti burung bangau menambah lagi keserian sekitarnya. Perancangan akan datang seperti sukan air dan riadah akan dilaksanakan Insya Allah. Semoga projek tersebut memberi hasil yang baik kepada semua pihak terutama sekali warga SEMAKEN.  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan